10 Mereka-Mereka Yang Dapat Untung Di Sambutan Valentine Day
February 14th, 2010 | 12:07 am | Melayu, Muslim, Nasional | 1,220 views | 28 responses
Nah, ni dia dah tiba masanya, hari ini hari yang ramai pasangan kekasih (walaupun tak semua) dok tunggu-tunggu telah tiba, inilah dia hari paling bersejarah dalam kisah cinta suci, agung, ikhlas dua insan sedang bercinta. Bagi sesetengah pasangan kekasih yang sudah exposed pemikiran mereka, mungkin mereka tidak menyambut hari VD ni kerana dah memang jelas hukumnya, di tegah untuk merayakan VD ni.
Namun bagi pasangan kekasih yang Terlebih Exposed, lain pulak ceritanya, ini lah hari yang diwartakan di seluruh dunia sebagai hari sambutan kasih sayang untuk membuktikan cinta dan kasih sayang kepada pasangan masing-masing, walaupun siapa yang sebenarnya mewartakan VD ni deme bukan ambil peduli.
Saya tidak mahu cerita pasal sejarah atau hukum mengenai menyambut VD ni, dah beratus kalau tak beribu nasihat, pandangan dan maklumat mengenai benda ni dah di siarkan dalam internet, sebaliknya saya nak kongsikan pula siapa sebenarnya yang beruntung dengan adanya sambutan VD ni. Kerana saya berpendapat sesuatu perkara , tidak kira dalam apa-apa bidang sekalipun, bila sudah masuk nilai komersil dan industri, memang sudahnya sukar untuk di bendung lagi.
So siapa sebenarnya yang betul-betul dapat untung dari hari VD ni, kemungkinan mereka adalah:
1. Tokey kondom – ramai sangat yang nak cuba buktikan chenta melalui hubungan seks, tapi langkah keselamatan pun pandai jugak nak di jaga, dah sah kedai-kedai yg jual kondom kena order stok baru lusa nanti;
2. Tokey Bajet Hotel – Mereka jugak boleh dapat untung pasal susah nak dapat tempat mau buktikan kasih sayang (adoilah), bajet kena jaga, tak kan nak cari yang 4 atau 5 star beb…pandai pulak berjimat ek;
3. Tokey kusyen kereta – pun boleh dapat untung since ada yg kira bedal dalam kereta je, save duit hotel dan senang nak cabut kalau ada penguatkuasa….tapi kotor la pulak seat kereta, kena basuh tak pun tukar baru terus….
4. Tokey filem dan tokey panggung wayang – ni kira acara wajib bagi pasangan yang dok berkasih ni, mesti mau layan romantic movie dulu hari VD, baru ada feeling…you jump I jump bebeh…
5. Tokey restoren, cafe, coffee house, pub, disko – ni pun kira bisnes baik untuk deme jugak, buat sikit-sikit promosi kasi murah harga 50 sen aje pun pasangan kekasih dah teruja, sebelum apa-apa perut perlu isi dulu;
6. Tokey kek, kad ucapan, coklat dan macam-macam gift – yang ni kira dapat rezeki lah, dah orang nak beli sapa tak nak jual…;
7. Tokey media – bisnes baik beb musim ni, banyak syarikat berlumba-lumba nak iklankan promosi pasal VD, apa lagi, tekan hargalah;
8. Tokey SMS, MMS dan Tokey Prepaid macam-macam S – kalau yang tak dapat jumpa masa VD, balas dendam rindu kesumat melalui SMS, MMS dsb. Mesti prepaid cepat habih malam ni;
9. Tokey Ubat Kuat – bisnes ni pun boleh dapat untung jugak malam ni, mana tau kot ada yang gila nak sampai 50 round bukti cinta…tak mustahil zaman sekarang nih; dan
10. Tokey kereta sewa – pun boleh cari makan malam ni, ada yg plan nak gi jauh-jauh dalam hutan atau bukit supaya penguakuasa tak leh jumpa, so boleh sewa kereta.
Dan untuk untung tempoh jangka panjang sikit, tokey klink haram yang buat bisnes gugur janin dan bayi akan dapat bisnes dalam 3 atau 5 bulan seterusnya…..
Gitulah senarai kemungkinan mereka-meraka yang dapat untung hasil dari sambutan VD nih, dan yg pasti boyfriend lah yang banyak dapat untung berbanding girlfriend. Dan sapa pulak yang tidak beruntung dan geram dengan sambutan VD ni. Yang saya pasti para polis, penguatkuasa, AJK surau dan seumpama dengan itu adalah mereka yang tidak beruntung di malam ni, ye lah dah tak pasal-pasal kena kerja overtime dok mengejar bebudak dan bedewasa yang nak rosakkan diri sendiri dan berusaha seday upaya untuk menconteng arang di muka mak bapa mereka.
ada lagi ke senarai yang saya terlupa?…



















said on February 14th, 2010 at 12:44 am
salam..erm..harapnye tiada bala diturunkan malam ni..sebab kalau ada,bukan yg wat maksiat tu je kena,yg ada kesedaran pun terlibat sama..apa la nak jadi dengan manusia kini..makin hari semakin menyamai jahiliyyah dulu…
mivida had an interesting article on ..Fitrah yang Menjadi Fitnah
said on February 14th, 2010 at 9:28 am
memamg sebenarnya manusia moden sudah kembali ke zaman jahiliyyah, malah lebih teruk dari tu lagi….
said on February 15th, 2010 at 12:33 pm
salam,2 lah dunia dah maju zaman dah berubah manusia pun nak berubah,batter berubah dari yang jahil kepada yang x jahil dari yang nakal jadi baik..semuga tahun 2010 memberi erti yang bermakna bagi kita rakyat 1malaysia
said on February 14th, 2010 at 1:00 am
Penyakit sosial di alaf baru, malam ini entah berapa ramai gadis yang menjadi mangsa… Mudah-mudahan umat ISLAM tidak leka dan lalai dengan VD
said on February 14th, 2010 at 9:29 am
begitlah, harapnya kekuatan iman dan rasional pemikiran mampu mengalahkan godaan materialistik dan nafsu, walaupun dalam banyak kes, ramai yang tersungkur…
said on February 14th, 2010 at 2:26 am
Hmmm…adakah VD hanya untuk pasangan bercinta yang belum berkahwin? Persoalan pokok adalah bagaimana kita menggunakan VD untuk meraikan orang-orang yang kita sayangi dengan cara sepatutnya?
Sekiranya perlakuan dan pemikiran dengan mudahnya dipengaruhi oleh nilai-nilai (values) yang tidak bersesuaian dengan pegangan dan budaya, maka hasilnya … (fikirlah sendiri)
I took VD as an opportunity to be expressive of my love to all the persons in my life – that includes my mom, dad, brothers, sisters, friends, and the list continues.
Makiko S had an interesting article on ..Wrong Concept of Valentine’s Day
said on February 14th, 2010 at 9:31 am
kalau sesuatu kita boleh gunakan mengikut rasional,kewarasan dan pegangan iman yang kukuh, semuanya akan menjadi baik..
said on February 14th, 2010 at 3:05 am
Terbaik la artikel nie!! hehe…
Nak kongsi dalam Fesbuk~
said on February 14th, 2010 at 9:31 am
steady….maintain steady
said on February 14th, 2010 at 7:14 am
adoiii…memang pening + sakit jiwa klau tiap2 kali tiba musim mengawan ni…
ReD had an interesting article on ..~ DAN SEBENARNYA… BERJOGET-JOGET KERIANGANLAH SYAITOOON… ~
said on February 14th, 2010 at 9:33 am
yang pening nya mereka yg kena buat overtime malam ni, habih plan nak balik kampung huhuhu
said on February 14th, 2010 at 11:15 am
orang dah ingatkan HARAM celebrate VD nih tapi ramai pulak yang celebrate.. sampaikan semalam ada artis kena cekup time JAWI tangkap orang.. hahaha.. padan muka..
Fadzli had an interesting article on ..Kau kentut yer!
said on February 14th, 2010 at 1:41 pm
oh ye ke, artis mana tu? tak tau la pulak aku..
said on February 14th, 2010 at 11:33 am
wah.. entri yang menarik sempena valentine..
admin, mohon untuk ambil point² yang ada.
aku hendak buat entri dalam blog aku.
nnt aku bagi kredit kat sini.
unwanted had an interesting article on ..Meh Sini Baca, Aku Ada Kisah Kurang Sedih Sempena Cuti..
said on February 14th, 2010 at 1:41 pm
silalah..untuk di kongsi bersama, janji ada credit utk aku sket tu..heheh
said on February 14th, 2010 at 11:40 am
Ada lagi yang xbertuah…
dokpening kepala cam mne nak mngelat nk jumpe scandal.. perempuan simpanan mahupun anak ikan time2 cam nie…
confirm isteri kat rumah xbg kuar he…23x
framestone had an interesting article on ..Aktiviti Click Mencari Duit
said on February 14th, 2010 at 1:42 pm
hehe…kena dok berkurung dalam bilik la camni..
said on February 14th, 2010 at 11:54 am
hoho…setuju la sangat2 artikel nih. haihh… terok sangat kes jenayah kat malaysia sekarang nih.
aidi-safuan had an interesting article on ..Public Bath now in KL! *bleeding nose*
said on February 14th, 2010 at 1:43 pm
dah tahap parah dah ni..tunggu masa nak kena bala jer ….harap2 nya cepat2lah bertaubat
said on February 14th, 2010 at 1:08 pm
ada satu pihak lagi yang untung besar nanti-SYAITAN!
mesti berdisko setan masa tu…
fatin had an interesting article on ..Selamat berterbangan kawanku
said on February 14th, 2010 at 1:43 pm
ha ah, tu memang prosedur kerja depa
said on February 17th, 2010 at 12:58 pm
betul3x…yg untung syaitan yg rugi manusia.Yg untung jantan yg rugi betina…
muhammad fakhruddin had an interesting article on ..Valentine’s Special
said on February 14th, 2010 at 3:45 pm
mohon untuk share di facebook ye…hehee..topik yang sgt menarik =)
adrina had an interesting article on ..?Soal jawab sempena Hari Valentine ?
said on February 14th, 2010 at 4:24 pm
sila2…jgn lupa credit sket kat sini heheh
said on February 19th, 2010 at 2:21 pm
puas sy tgk gambar kat atas…apa benda yg org dok ampai nih??? hahahahha…lambat pick up pulak sy….;p
mereka2 yg dalam list di atas adalah…golongan yang untung LAGI MERUGIKAN…kerana menjadikan iblis & syaitan sbg producer tanpa gaji…
normally..yg untung tu forsure bukan muslim…yg rugi pastinya umat yg dijanjikan masuk syurga…tapi dgn rela hati nak tempah tiket neraka dulu…
moga Allah ampunkan segala dosa kita dan selamatkan kita dari bala bencana…amiin
said on February 19th, 2010 at 5:57 pm
tu gambar end product yg memajukan industri pekebun kecil getah asli kita tu hehehe.
ramai muslim tewas dalam dugaandi akhir zaman, seperti mana telah dijelaskan dalam kitab Al-Quran.
Semoga kita,keluarga,rakan, sahabat, saudara dan keturunan tidak tergolong dalam mereka yang tewas.
said on March 8th, 2010 at 6:08 pm
haha…mula2 ingatkan baju, rupa2nya kondom…
artikel terkini dari Meow: Asmaradana Di Samarinda TV3
said on March 8th, 2010 at 7:40 pm
tak tau sama ada sudah guna atau baru siap dari kilang hahaha