Muka Abah Nampak Tak Pandai, Tak Macam Muka Mami
February 9th, 2010 | 12:01 am | Admin, Melayu | 798 views | 15 responses
Kanak-kanak banyak belajar melalui pemerhatian terhadap keadaan sekeliling dan persekitaran. Mereka mempunyai keupayaan kognitif yang tinggi untuk menstrukturkan kembali apa yang mereka alami untuk membentuk sebuah persepsi dan pandangan terhadap sesuatu perkara. Dengan dorongan dan bimbingan yang betul daripada ibu bapa mahupun para guru, perkembangan mental tersebut akan menjadi lebih pesat dan manghasilkan output yang diterjemahkan sebagai bijak, pandaim cerdik dan sebagainya.
Sebagai ibubapa memang memerhatikan perkembangan dan pembesaran mereka setiap hari merupakan satu perkara yang menyeronokkan. Dan saya juga tidak terkecuali daripada mengalami situasi sedemikian.kadang-kadang pertanyaan dan percakapan mereka yang lurus dan jujur, tanpa sebarang unsur penipuan menyebabkan ibu-bapa lucu dan gelak.
Walau sesibuk manapun ibubapa dengan tugasan dan bebanan tugas dan kerja, perhatian dan kasih sayang wajib diberikan kepada kanak-kanak, mereka masih dalam proses mengenal kehidupan dan mencari-cari petunjuk dan panduan untuk memberikan mereka motivasi.
Kenyataan jujur tanpa sebarang niat dan berselindung anak lelaki saya awal malam tadi membuatkan rasa nak tergelak dan lawak. Puncanya dia sibuk dok bertanyakan itu ini berbagai soalan daripada mami nya yang sedang study, kebetulan mami nya ada quiz esok, so terpaksalah mami nya menjawab soalan yang bertubi-tubi.
Agaknya mami nya dah tak nak jawab soalan banyak sangat, mami nya suruh budak tu tanya pulak dengan saya. namun secara spontan respon anak lelaki tersebut ” Abang tanya mami pasal muka mami nampak pandai, muka abah tak nampak pandai macam mami”.
Jawapan tersebut membuatkan isteri saya terhenti seketika dan gelak, kemudian di tanya kenapa dia cakap macam tu? Anak tadi jawab, entah memang abang tengok muka abah macam tak pandai kalau banding dengan muka mami.
Hebat rupanya keupayaan membentuk persepsi kanak-kanak yang baru berusia 6 tahun ni. Dia kemudian tanya kepada saya kenapa muka saya nampak macam tak pandai, heheh….so saya jawab, muka abah memang nampak tak pandai, tapi perut abah lagi besar dari perut mami……tak de kaitan dengan soalan dia, dan budak tu nampak macam tak puas hati dengan jawapan tu. heheh














said on February 8th, 2010 at 12:02 pm
looks can be decieving, ayah semunyi kuku ekekeke
said on February 9th, 2010 at 12:51 am
baru potong kuku rose….hari senin..sunat..heheheh
said on February 9th, 2010 at 12:41 am
hahahahaha…little hero tanpa rasa bersalah telah menyindir abahnya,dan abahnya tanpa segan silu cuba mempertahankan diri…;p
lps nie en jaz kena ubah style la…hahaha
said on February 9th, 2010 at 12:57 am
hahaha….bebudak memang jujur…so the abah kena twist jawapan….keh3
said on February 9th, 2010 at 1:00 am
heheheh…kreatif betul jawapan anak dan abah nyer…ngeh3
ReD had an interesting article on ..~ SEPARUH HATI… TAK PUAS HATI… SETERUSNYA MEMBAWA KEPADA TIADA HATI!!! ~
said on February 9th, 2010 at 1:17 am
abah pun nak kena cover line red….hehehe
said on February 9th, 2010 at 9:55 am
he…23x
muke daddy nampak muda rumaja he…23x
teman dalam proses mengempiskan perut nie
framestone had an interesting article on ..Aktiviti Click Mencari Duit
said on February 9th, 2010 at 11:54 am
daddy sentiasa rasa muda…heheh, walaupun brader cafe kat UPm panggil aku student otai….perut bro dah tak nampak ibu kaki ke kalau tengok daripada atas?
said on February 9th, 2010 at 2:07 pm
budak2 akan bercakap bende yg betul2 drpd pandangan diorang…xde nak cover2, atau nak jage hati orang.
so if you’re looking for the right opinion, you know where to find them.
sori to say…haha
tapi never judge a book by its cover kn?
said on February 9th, 2010 at 2:54 pm
hahaha..tepat sekali bro, we all memang kalau nak tanya pendapat cantik ke tak we all tanya kids jer…ikhlas n tepat..hehehe
said on February 9th, 2010 at 2:14 pm
andainya hati kita sesalju hati sikecil pasti dunia ini akan aman..damai..tiada penipuan..pembohongan semata-mata..
Suri had an interesting article on ..Adab Menjadi Pendengar Yang Baik
said on February 9th, 2010 at 2:56 pm
betul tu, tak der lah kejadian pelik2 yg tak boleh diterima dengan akal yg waras …
said on February 9th, 2010 at 4:03 pm
ops… masih nmpk lagi ibu kaki mahu pun lutut terutama time rukuk he.23x
tp time duduk bersila.. nampak berketul2 tang perut nie
framestone had an interesting article on ..Aktiviti Click Mencari Duit
said on February 10th, 2010 at 2:20 pm
hahaha…dah sah bro kena jogging sket petang2 nih…
said on May 4th, 2010 at 2:05 pm
tak pe la abah.. walaupun muka abah nampak tak pandai mcm muka mami..tapi at least banyak gak asgmnt mami yg abah buat.. he he he .. lepas ni kena la mami pulak buat asgmnt abah.. baru la abah nampak pandai sikit…