Musim Semua Naik

June 26th, 2010 | 7:44 pm | Nasional | 210 views | 24 responses

Tinggal beberapa hari lagi genap 6 bulan atau setengah tahun bagi tahun 2010 ni. Cepat sungguh masa berlalu, harapnya semua perancangan awal tahun hari tu berjalan dengan lancar dan mengikut apa yang dirancang. Di sesetengah organisasi biasanya ada kajian prestasi setengah tahun untuk menilai pencapaian sebenar organisasi terlibat dalam mencapai matlamat dan halatujunya. Secara umumnya di negara kita ni pun tidak ada peristiwa atau kejadian yang dasyat atau mengerikan berlaku.

Cuma dalam hati ni terdetik rasa risau dan bimbang, bila buka akhbar aje pastinya ada berita pasal kenaikan harga barangan tertentu, sama ada hanya spekulasi ataupun perkara sebenar, tidak dapat ditentukan lagi.

Barang A katanya nak naik, barang B pun tengah standby nak naik, barang C tengah tunggu masa manakala barang D memang dah naik!. Pendek kata semuanya tunggu masa nak naik aje. Jadinya bila semua barang dah naik, sudah pasti kos hidup juga naik yang akhirnya memberi kesan kepada golongan berpendapatan rendah. Biasanya penggunalah yang merasakan akibatnya.

Isu naik ni pun bukannya melanda Malaysia je kot, seorang jiran yang baru balik dari Chennai, India minggu lepas pun dok cerita harga Tosei sudah naik di sana malahan lebih mahal dari Malaysia. Katanya masa dia pergi dulu harga Tosei kat sana lebih murah dari di Malaysia, tapi kunjungan terkini dia dapati harga Tosei di sana sudah cecah RM3 bila di convert ke duit kita.

Namun tidak semua ‘kenaikan’ tu yang memberikan kesan tidak elok kepada kita, ada jugak naik yang best dan menggembirakan, naik gaji, naik bonus, naik kenderaan free dan naik pangkat antara contoh ‘naik’ yang best, termasuklah juga naik pelamin….

Abouts

ambo

Personal site where I share ideas and opinions generally in society and humanity.Specifically focuses on human resources development, leadership, management, blogging tutorials and tips, home and global affairs, photography, gadgets, entertainment as well as paid reviews and advertorials in both English and Bahasa Melayu. Currently etomyam also registered as guest writer at inimajalah.com

 
 

Responses so far...(24)

  1. 1

    Biasalah harga barang naik tapi gaji tak naik-naik.
    artikel terkini dari RozaniGhani: Menangi Percutian Percuma Ke Bandung

    • 2

      kena cari cara utk kurangkan kebiasaan tu

  2. 3

    lagi susah kepada student…

    jadi lagi, semua naik…minyak kenderaan, makanan, barang2 buku dan keperluan,pengangkutan awan semua akan naik…

    sian kat student….nak harapkan ptptn ni…hurm…

    mak kata jimat cermat…tapi kalau makanan pun mahal…mcm mana nak jimat…aik…makan meegie jer la
    artikel terkini dari Meow: Sudah Lama Tak Blog Walking

    • 4

      huhuhu..makan maggi banyak2 tak elok jugak tu

  3. 5

    setakat nie still student so tak rasa sgt la (kecuali duit belanja kne potong)
    artikel terkini dari Frantz-Senpai: Crack Up and The Theory

    • 6

      kena bijak save duit

  4. 7

    n all the pak menteris sibuk soh rakyat cut the cost,jimat itu ini.. chaitt!!
    artikel terkini dari Blabberina: Pelakon Korea -amp Jepun Cute Sangat-

    • 8

      kena pandai uruskan personal kewangan

  5. 9

    Heheh. Naik pelamin tu nak kena ada juge hehehe.

    Tapi kan bro, naik pelamin zaman barang2 naik ni susah juge… kos boleh jadi dabel. Kesian.

    • 10

      pasal aku baru balik dari bekwah naik pelamin hahaha

  6. 11

    betul tu, kadang daripada kenaikan tu ada juga faedah yang kita dapat..

    • 12

      ada jugak kenaikan yg kita perlukan hehe

  7. 13

    naik tetap naik. yang turun hujan jer.
    artikel terkini dari sinagarimba: Ke Mana Asri- UMNO Atau PAS

    • 14

      lama tak hujan kat sini…

  8. 15

    sempat lg en jaz melawak yea..hehehe…yg paling merisaukan kami kalau harga petrol naik..coz kami suka travel…hmmm

    • 16

      petrol naik habis semua naik tu.. :D

  9. 17

    Salam,sedar tak sedar dah separuh tahun 2010,dah masuk habis semester satu ayieblog,maka bermula semester dua pada 13 haribulan ini,yahoo insyallah semua berjalan dengan lancar :) ,hope hari-hari dan bulan-bulan seterusnya lebih baik dan cemerlang,gemilang dan terbilang :) .

  10. 18

    risau bila fikirkan tentang semua benda nak naik, kn tingkatkan usaha dan cari jalan lain untuk menampung dan meneruskan kelangsungan hidup
    artikel terkini dari mijie: Senarai 16 pasukan layak ke pusingan kedua piala dunia 2010

  11. 19

    barang yang dah nak naik tu memang dah tak boleh ditahan,yang penting kena turunkan nafsu kehendak yang suka sangat,tengok ni nak beli,tengok tu pun nak beli :)

    *dalam debaran menanti PR update,PR naik ke turun ni*
    artikel terkini dari sangilapi: sejarah drcobbler

  12. 20

    waduh raya ni ayam mesti naik harga pasal bukan barangan kawalan…

  13. 21

    tahun ni menyaksikan musim kenaikan duit gaji saya. uhuk..hehe

    kalau dulunya gaji ala-ala siput, alhamdulillah sekarang gaji ala-ala harimau kumbang. syukur.

    syukur kepada zaman kejatuhan selama 5 bulan yg menyaksikan juga saya menjadi bibik secara percuma di rumah sendiri :D

  14. 22

    hahahaa..
    terasa macam nak naik.utk tambahkan anaklah pulak..hehehee

  15. 23

    mmg musim naik..setakat ni..yg tak best..2 kali dah ansuaran rumah naik..moge turun pulak nanti..ameen

    kalau gaji naik..mmg best..tahun ni tak tahu lagik..kene kerje lagi keras ni..
    artikel terkini dari hafizmd: Oh- Iran

Trackbacks and Pingbacks

  1. Tweets that mention Musim Semua Naik | Ideas.Think.Share -- Topsy.com

Leave a Reply

Kongsikan post terbaru anda di sini