Nisfu Syaaban

July 26th, 2010 | 6:19 pm | Admin, Muslim | 1,761 views | 63 responses

Malam ini merupakan malam ke 15 bulan Syaaban yang juga turut dikenali dengan malam Nisfu Syaaban, Kebiasaannya sudah menjadi amalan sebahagian daripada umat Islam di negara ini untuk meraikan sambutan malam nisfu syaaban dengan berhimpun di masjid atau surau berdekatan sambil mengadakan majlis bacaan yassin. Dalam khutbah Jumaat minggu lepas di estet saya juga turut menceritakan mengenai amalan pada malam Nisfu Syaaban ini dan kalau boleh hendaklah juga turut di amalkan bukan sahaja di bulan syaaban malahan di bulan-bulan lain.

Terdapat juga perbezaan pendapat mengenai amalan sempena malam Nisfu Syaaban ni di mana terdapat sesetengah pihak mengatakan ianya amalan bidaah semata-mata.

Berhubung dengan perkara tersebut juga Blog ini mengambil inisiatif untuk merujuk kepada satu soal jawab mengenai perkara tersebut yang di temui dalam ruangan soal jawab di laman web Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Soalan: Apakah Hukum Sambutan Nisfu Syaaban seperti membaca Yasin 3 kali Selepas Solat Maghrib di malam 15 Syaaban?

Jawapan: Hukumnya dibolehkan. Namun, berkaitan dengan bacaan yassin 3 kali janganlah dijadikan sebagai satu kewajiban yang perlu dibaca pada malam tersebut. Ia hanyalah amalan sunat (menbaca Al-Quran). Jika hendak membaca surah tersebut sama ada satu kali bacaan ataupun lebih daripada 3 kali pun tidak mengapa.

Pada masa yang sama pihak JAKIM melalui laman ‘Himpunan Hadith Harian JAKIM’  juga ada menyiarkan hadith berkaitan amalan-amalan Sunat Di Bulan Syaaban.

Dari Aisyah r.a katanya:”Rasulullah SAW sering berpuasa sehingga kami mengira bahawa baginda akan berpuasa seterusnya. Dan baginda sering berbuka sehingga kami mengira beliau akan berbuka terus. Dan aku tidak pernah melihat baginda berpuasa terus sebulan penuh kecuali pada bulan Ramadhan. Dan aku juga tidak pernah melihat baginda berpuasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak daripada puasanya di bulan Syaaban.” (al-Bukhari)

Huraian:

  1. Syaaban ertinya berpecah atau bercerai-berai. Ia dinamakan demikian kerana orang-orang Arab pada bulan tersebut akan berhijrah ke mana-mana tempat untuk mencari air sehingga ke gua-gua dan sebagainya. Pendapat lain pula mengatakan, sebab diertikan demikian adalah sebagai tanda pemisah iaitu memisahkan di antara bulan Rejab dan Ramadhan.
  2. Dari berbagai keterangan ini, yang dapat disimpulkan bagi pengertian bulan Syaaban itu ialah bulan Syaaban adalah masa untuk manusia berebut-rebut mengejar kebajikan sebanyak mungkin sebagai latihan dan persediaan untuk memasuki bulan Ramadhan
  3. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam celaan dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.
  4. Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah :
    1. Memperbanyakkan puasa sunat. Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “Sesiapa yang berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid.”
    2. Memperbanyak doa, zikir dan membaca selawat kepada Rasulullah SAW. Sabda Rasulullah SAW : “Sesiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit.” (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa’izhin)
    3. Bertaubat; dan
    4. Meraikan malam 15 Syaaban atau lebih dikenali sebagai malam Nisfu Syaaban di mana sunat ia dihidupkan dengan membaca zikir dan Al Quran kerana malam tersebut adalah malam yang amat mustajab dan penuh rahmat.

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia di http://ii.islam.gov.my/hadith/hadith1.asp?keyID=620

Selamat beribadat di bulan Syaaban.

Abouts

ambo

Personal site where I share ideas and opinions generally in society and humanity.Specifically focuses on human resources development, leadership, management, blogging tutorials and tips, home and global affairs, photography, gadgets, entertainment as well as paid reviews and advertorials in both English and Bahasa Melayu. Currently etomyam also registered as guest writer at inimajalah.com

 
 

Responses so far...(63)

  1. 1

    wah..cantiknya Masjid tu..

    • 2

      kena semayang jemaah ni hehe

  2. 3

    jom beramai2 memeriahkan surau2 berdekatan utk membaca yasin malam ini
    artikel terkini dari x-po: NIAT JADI PLAYBOY-PLAYGIRL SEMATA-MATA MAHU DAPATKAN YANG TERBAIK KE

    • 4

      Alhamdulillah, selesai jugak walau dalam keadaan tak berapa sihat ni :D

  3. 5

    insya Allah, jom kita pakat berqiamullail malam ni.. ikut sunah nabi s.a.w.
    artikel terkini dari Wirasutra: Halal Atau Haram- Mana Kesudahannya

    • 6

      molek tu, err aku tak leh janji, takut tak terbuat, letih macam nak demam ni :D

  4. 7

    info yg amat bernas…ada hadis yg meyatakan Rejab adalah bulan Allah SWT, Syaaban merupakan bulan Nabi Muhammad SAW dan Ramadhan merupakan bulan bagi ummat Muhammad SAW…sama2lah kita menghimpun amalan n maghfirahNya… :)

    • 8

      itu hadis palsu. wallahuallam. :)
      artikel terkini dari Wirasutra: Halal Atau Haram- Mana Kesudahannya

      • 9

        ooo yeke…sy dok cari jg perawi hadis ni td…x jumpa…btw thanx

  5. 10

    Insyallah ke surau malam ni :)
    artikel terkini dari Loq: Orang Tua Berbual Semasa Khutbah

    • 11

      Alhamdulillah

  6. 12

    x sabar nk smbut ramadhan..:D

    • 13

      molek tu, semoga jadi ramadan terbaik :D

    • 14

      Salam,
      Tak sabar juga nk sambut Ramadhan, sbb kalini sambut dgn baby baru :)

  7. 15

    tak sabar nak puasa!
    artikel terkini dari fiD: Isteri kantoi dengan suami di atas katil !

    • 16

      insya Allah tak lama lagi tu :D

  8. 17

    *sigh* indah nye kalau berada di surau/ masjid malam nih.. ;)
    artikel terkini dari kyo_9: 夏バテ Suffering from summer heat

    • 18

      kena kumpul member2 buat jemaah tu :D

  9. 19

    kebetulan hari ni berpuasa dan baru tahu nisfu syaaban, igtkan besok
    artikel terkini dari mijie: Menetapkan halatuju blog

    • 20

      Alhamdulillah, dapat juga pahala puasa di bulan Syaaban

    • 21

      puasa sunat ke puasa ganti,mijie :) …gurau-gurau ye !
      artikel terkini dari sangilapi: salam perkenalan

      • 22

        bang joe, kebetulan je temankan isteri puasa ganti, jadi saya pun puasa la sekali..Tahun lepas puasa ramadhan sy penuh la, hehehe
        artikel terkini dari mijie: Penerbangan MH1155 ke kuala lumpur sudah

  10. 23

    salam saudara.
    penerangan yang jelas tentang
    kebaikan dan istilah syaaban tu..
    malam ni buat bacaan yassin di rumah
    bersama anak-anak dan isteri je saya..
    artikel terkini dari zulkbo: Penyakit Darah Tinggi Dan Kita

    • 24

      w’salam saudara,
      Alhamdulillah, diberkati seluruh keluarga tu, amin

  11. 25

    ibu dah call siang2 adik sek pose tau..klu rajin khmis dan jumaat..kalu rajin lagi pose sebulan ngheeee…

    • 26

      rajin, mesti rajin semua anak2 ibu hehe :D

      • 27

        nasihat seorang ibu… :)

  12. 28

    Semoga lebih banyak rahmat dan keampunan untuk kita malam ni..
    terima kasih bro kongsikan artikel ni
    artikel terkini dari kulanz: 10 Jenis Tempahan Yang Selalu Dibuat Ketika Ramadhan

    • 29

      Insya Allah untuk kongsi dengan kawan2 semua:D

  13. 30

    menarik gitu!!! info yang Islamic kali ni yer ..bgus lah..sekali-sekali apa salah nya berceriter tentang hal-hal yang Islamic sebegini…. baik untuk dijadikan iktibar !!!
    artikel terkini dari bujang3: Mood turun naik ketika ber”blogging” !!!!

  14. 33

    Ingat-mengingati
    berpesan kita kepada kebaikan
    artikel terkini dari Wan Perlis: Ruang Iklan Untuk Disewa

    • 34

      Dari kawan untuk kawan :D

    • 35

      betul tu bro..berpesan2lah kepada kepada kebaikan walaupun sepotong ayat..

  15. 36

    allhamdulillah….masih b’jumpa dgn malam penuh berkah ni…
    NISHFU SYAABAN…
    Buka lembar baru, insya allah ku isi dgn hal2 yg positive

    • 37

      Insya Allah, Amin

  16. 38

    Thanks bro nice sharing. dulu masa dok sekolah asrama, aku sellau gak layan pose di syaaban ni…almaklumlah masih baik2 lagi mase tu :P . rindu zaman nk berpose di bulan syaaban. tp aku pelik, kenapa ade sesetengah pihak yg terlalu prejudis dan skeptikal dengan amalan2 baik yg sudah semestinya tidak melanggar syarak. kenapa diorg anggap perbuatan2 baik ini sebagai satu kesalahan??? pelik kan bro??

    • 39

      Entahlah, mungkin masing-masing ada hujah dan pandangan masing-masing dalam sesetengah perkara.

  17. 40

    hem lengkap penerangan ni bro..kadangkala..orang kita ni berangapan yang prejudis dengan amalan baik seperti yang saudara boy beritahu kat atas….dan yang anehnya…kenyataan itu hem tahu-tahulah orang politik kita :(
    artikel terkini dari ishak: Profile pelakon my fair lady korean drama

    • 41

      itulah, perspektif dan pandangan orang ni berbeza-beza

      • 42

        saya setuju..lain orang lain pendapat..kita tidak boleh mengawal apa yang orang lain ingin katakan pandangan mereka..

  18. 43

    td kat masjid ada buat baca yaasin sempena nisfu syaaban…dah le kurang jemaah, ada pulak group berborak kat luar…dah ada kat masjid pun susah juga ye nak buat perkara sunat!
    artikel terkini dari sufian: Kaitan Processor- Front Side Bus- Clock Speed

    • 44

      gitu punya kes pun ada jugak, dah alang-alang dah ada kat masjid nape tak di join ek?

  19. 45

    bermakna ramadhan semakin menghampiri…moga puasa kali ini menjadi lebih baik dari sebelum ini dari segenap segi.
    artikel terkini dari sangilapi: salam perkenalan

    • 46

      Insya Allah bro joe, tahun ni yang terbaik :D

      • 47

        begitu bersemangat ! baguslah bro…ingatan untuk diri sendiri jugak ni :)
        artikel terkini dari sangilapi: salam perkenalan

        • 48

          bersemangat juga ni nak menyambut bulan puasa nanti..

  20. 49

    ada member tanya tadi mana lebih afdal baca sekali atau tiga kali surah yassin. tergagap jugak nak jawab. Malu den. Blogger kantoi

    • 50

      lupa tu kot…biasalah soklan mengejut hehehe :D

  21. 51

    tahun lepas terlepas nisfu syaaban. tahun ni alhamdulillah
    artikel terkini dari Luth Textile: Apa yang best kalau OVERNITE kat Penang

    • 52

      elok tu luth, selamat berbuka puasa nanti :D

  22. 53

    syukran2… ingat hari ini nak puasa… tapi mulut kena mata ikan..dah 3 hari.. tak elok lagi..

    • 54

      boleh tunggu hari lain kot :D

    • 55

      aku kalau kena mata ikan,aku letakkan planta kat mata ikan tu…sekarang dah ada ubat khas untuk mata ikan :)
      artikel terkini dari sangilapi: salam perkenalan

  23. 56

    Salam,

    Nice blog….info yang baik utk dikongsi bersama…alhamdullilah..:)

    • 57

      W’salam
      yup, untuk sama-sama bermanafaat :D

  24. 58

    tq bro unutk penerangan ttng mlm nisfu syaaban. aku dah baca jgk yasin 3 kali. setiap baca aku berdoa. camtu kn. aha :D
    artikel terkini dari acapz: Cara Fixkan Comment Luv Jika terdapat Error “No last blog posts to return”

    • 59

      terbaik tu bro :D

  25. 60

    sy baca skali je yasin.
    artikel terkini dari Amir: Makan-makan di Sydney Fish Market

  26. 61

    terima kasih bro.. kebanyakan orang sekarang malam nisfu syaaban layan youtube, FB, twitter dan ntah apa2 lagi…

  27. 62

    bulan syaaban semakin tiba ke penghujungnya dan bulan ramadhan yang menanti..

Trackbacks and Pingbacks

  1. Tweets that mention Nisfu Syaaban | Ideas.Think.Share -- Topsy.com

Leave a Reply

Kongsikan post terbaru anda di sini