Pencarian Model Tudung: Tudung Ke Orang Yang Cantik?

February 5th, 2010 | 10:23 pm | Melayu, Muslim, Nasional | 2,467 views | 20 responses

Tiap kali belek akhbar berbahasa melayu aku akan terjumpa dengan ruangan iklan pertandingan atau pencarian model untuk tudung. Contohnya “Pencarian Model Tudung ***** Sudah Bermula”. Sambil tu mata tengoklah model-model yang ada tu, memang cantik, tapi jadi terfikir jugak, yang cantik tu tudung ke orang nya? ye lah kalau orang tu dah memang cantik menawan pakai le tudung lebih kurang pun pasti nampak cantik, kalau orang tu yang dah dikurniakan rupa paras yang agak kurang menarik, pakai tudung harga beribu-ribu pun rasanya macam tu la jugak. Tak taulah, ni pandangan mata lelaki, mungkin mata kaum wanita lain sikit kot.

So what? salah ke? tak de, aku tak kata salah, mungkin ni salah satu strategi pengiklanan dan pemasaran syarikat-syarikat pengeluar tudung. Persaingan makin sengit sekarang ni, fesyen bermacam-macam, bukan takat dalam negara alahan dari negara jiran pun hebat juga saingannya.

Jadinya pengeluar tudung perlu kreatif dan inovatif bagi memastikan produk mereka kekal bersaing di pasaran, juga perlu mencari seramai boleh pelanggan-pelanggan tetap yang setia kepada produk mereka.

Dan salah satu strateginya adalah dengan mewujudkan ikon-ikon tertentu yang sudah pastinya mempunyai rupa-paras yang menarik dan cantik sekaligus menarik minat bakal-bakal pelanggan. Secara logiknya pun setiap insan di dunia inginkan kecantikan dan kelihatan cantik.

Mungkin macam lelaki jugak kot, bila nak iklankan shaver foam nak kena guna model yang tampan lagi bergaya, so ramailah lelaki beli produk tu dengan harapan muka boleh jadi tampan macam tu..erk..

Dan aku sekali lagi menatapi iklan-iklan pencarian model tudung tu, memang cantik, tapi bukan tudung, model-modelnya……

email
myhome
 
ambo

Personal site where I share ideas and opinions generally in society and humanity.Specifically focuses on human resources development, leadership, management, blogging tutorials and tips, home and global affairs, photography, gadgets, entertainment as well as paid reviews and advertorials in both English and Bahasa Melayu. » contact here » Semak Ranking Blog Anda Disini

 
 

Responses so far...(20)

  1. 1

    This is what advertising is about. When you are selling a product you have to package is nicely to entice buyers in this example gunakan model2 yang cantik jadi productnya kelihatan menarik. When you are selling electronic product, to entice buyers you need good and attractive sales page with graphics,testimonial and kata2 power. Seandainya sales page tak menarik maka tak baguslah conversion ratenya. Betulkan?

    • 2

      that’s right…impression does matters…hehehe

  2. 3

    cantik itu subjektif…pada pandangan kita seseorang itu cantik, mungkin tidak cantik pd pandangan org lain…

    hmmm kdg2 susah jg jd org cantik..sentiasa diganggu dan terganggu, mcm tu jg dgn org yg kurang cantik…sentiasa dibelenggu dan terbelenggu…

    btw…org yg pakai tudung itu cantik…;)

    • 4

      betul tu, yg pakai tu cantik, tapi tak tau tudung yg cantik atau orangnya…hahaha

  3. 5

    en jaz rasa macamana yea??? hehe

    • 6

      keh keh keh…

  4. 7

    Very nice blog template. Comel mcm model tudung itulah juga :)
    Khairi had an interesting article on ..Contest – "Siapa Baca Novel Naik Atas."

    • 8

      sentiasa comels kans…hehe

  5. 9

    biasa la tuh..kata model.. mestilah yang chantek tu adalah orgnyer…huhu
    ReD had an interesting article on ..~ 10 POWERFUL PHRASES FOR POSITIVE PEOPLE ~

    • 10

      heheh….ramai jugak calon nak join jadi model tu hehehe

  6. 11

    Haritu nampak modal kedai yang tak hensem errr cantik err hensem ? Tak tanya lak jantina dia . Masa tu gelak giler aku . Kat depan kedai dia lak tu.

    • 12

      ooo gitu ke…

  7. 13

    orang bro..dh cantik pakai apa pn cantik..

    • 14

      bro boleh nampak kan…hahaha

  8. 15

    tidak kira cantik atau tidak..pakailah tudung biarlah menutup aurat sebaiknya..barulah tampak manis parasnya..kerna rupa tidak menyajikan apa-apa makna yang tersirat..hiasa dunia semata-mata, pinjaman dari yang Maha Esa sahaja ;)
    Suri had an interesting article on ..Gay…oh Gay

    • 16

      maknanya bukan tudung yg buat org tu cantik…tapi mende2 lain…gitu kot hehehe

  9. 17

    nama pn pencarian Model.. harus lah nak yang menarik rupa paras.. bak kata orang pakej lengkap.

    lain lah kalo kat dlm iklan tu ade tulis. pencarian tudung paling cantik.. or pencarian wanita x lawa yang mampu membuatkan tudung nampak cantik..

    ha.. tu lain cerita la.. ^__^

    • 18

      hehehe..nak tunggu kot-kot ada yg buat camtu

  10. 19

    ni lah kan marketing strategi, sentiasa ada perubahan demi menjual
    artikel terkini dari mijie: Cara untuk menggunakan domain dot com di blogspot

  11. 20

    Pakai tudung ni satu kelebihan pada wanita, tudung membuatkan wanita menjadi anggun..tanpa tudung pun cantik, tapi cantik mengerabang…tapi kalau ikutkan….hati kena cantik dulu..

Leave a Reply