Perlukah Submit URL Ke Baidu Dan Yandex
June 12th, 2010 | 1:47 am | Blogging, Tutorials | 541 views | 20 responses
Sementara menunggu perlawanan berikutnya di antara Uruguay dan France, saya sempat baca beberapa artikel berkaitan Search Engine Optimization (SEO) dan Search Engine Results Page (SERP). Sudah pasti semua blogger dan webmaster tahu kepentingan ‘organic search’ terhadap ranking sesebuah laman web dan juga blog.di dalam SEO dan juga SERP. Kepada yang masih kurang jelas maksudnya adalah hasil carian daripada search engine yang membawa pelawat dan pencari maklumat ke laman atau blog kita. Tidak kiralah sama ada secara sengaja ataupun tak sengaja, yang penting pelawat tersebut ‘landing’ di web atau blog kita.
Dalam satu forum berkaitan SEO ada yang bertanya adakah perlu dia submit URL blog nya ke enjin carian terbesar di negara China iaitu Baidu.com ataupun enjin carian terbesar di negara Rusia iaitu Yandex. Ini berikutan jumlah pengguna internet di kedua-dua negara tersebut besar dan mungkin memberikan manafaat kepada si penanya tadi.
Macam-macam respons yang diberi oleh ahli forum, ada yang tidak bersetuju dan ada pula yang menyokong, macam biasalah pendapat dan pandangan individu berbeza di antara satu sama lain.
Setelah meneliti pelbagai jawapan tersebut saya terfikir apa salahnya submit URL kita ke enjin carian tersebut, selain dari enjin carian yang sudah biasa kita submit seperti Google, Yahoo, Bing dan sebagainya.
Berdasarkan penerangan yang diberikan, untuk submit URL ke enjin carian Yandex.com, kita perlu ada sekurang-kurangnya satu artikel dalam bahasa Russia dalam blog atau web kita, dan dengan kemudahan translation sekarang ni, tidak susah untuk buat begitu, tulis sahaja artikel dalam english, product review pun ok, lepas tu guna translator untuk jadikannya bahasa Russia.
Bila sudah ada, boleh terus daftat di link http://webmaster.yandex.ru/ untuk submit blog kita, walaupun laman tersebut dalam bahasa Russia namun translator boleh membantu, prosesnya lebih kurang dengan konsep enjin carian lain jugak. Selepas beberapa proses pengesahan blog atau web kita akan terus di index oleh Yandex.
Manakala untuk submit URL ke Baidu.com lagi mudah dan tidak memerlukan sebarang pendaftaran, apa yang diperlukan adalah lawat ke link http://www.baidu.com/search/url_submit.html ini dan kalau tidak faham dengan tulisan china boleh translate, masukkan url blog kita dan verification, itu sahaja. Selepas beberapa jam Baidu.com akan terus index blog kita. sungguh mudah.
Terpulang kepada keperluan dan pandangan masing-masing untuk menentukan sama ada perlu atau tidak kita submit URL kita ke Baidu.com dan Yandex.ru.














said on June 12th, 2010 at 2:29 am
kalo blog melayu, rasanya takpe kot x submit pun… kalo blog English ok jgk..
artikel terkini dari Amir: Mark Zuckerberg Serang MillatFacebook?
said on June 12th, 2010 at 10:09 am
kalau ada artikel english boleh translate tu
said on June 12th, 2010 at 3:14 am
Thanks!
Sekurang-kurangnya kena buat satu articles dalam bahasa diorg lah ek?
Masalah akan kalau tulis guna shortform, mcm mana translator nk translatekan kn?
Hanya pandangan.
artikel terkini dari Affan: Kebodohan Tentera Israel dan Keberanian Pejuang Muslim
said on June 12th, 2010 at 10:10 am
pandangan yang bernas…shortform dalam mana-mana bahasa pun tak leh nak translate
said on June 12th, 2010 at 3:39 am
thanks!
chybee dah submit!
artikel terkini dari chybee: From Bretzel & Spätzle To Shisha & Kebab (Dessert)
said on June 12th, 2010 at 10:11 am
boleh kongsikan kesannya nanti
said on June 12th, 2010 at 7:18 am
saya setuju untuk submit ke baidu atau yandex kerana bahasa melayu juga mempunyai penggunanya disana [walau pun mungkin dalam skala kecil]
artikel terkini dari tehr: Pantun Melatah
said on June 12th, 2010 at 10:12 am
mungkin jugak tu..kot-kot dalam jutaan pengguna ada yg tersesat ke blog kita hehehe
said on June 12th, 2010 at 8:30 am
saya nyer blog tak submit pun kat baidu tp sy tgk spider dia ada gak dtg index blog sy, huhuhu
artikel terkini dari mijie: Surat cinta untuk mu sayang
said on June 12th, 2010 at 10:13 am
mungkin tu baru bot, kalau submit terus real visitor…hehe..mungkin
said on June 12th, 2010 at 10:27 pm
nak try la nanti, mana tau diorang akan guna google translate untuk baca blog sy, heheh
artikel terkini dari mijie: Surat cinta untuk mu sayang
said on June 12th, 2010 at 11:13 am
kalau blog english, memang setuju. tapi sudah biasa blog ayat melayu ni, nak buat blog ayat english, terus jd merangkak nak bina ayat T___T
said on June 13th, 2010 at 1:36 am
vuleh kopi paste sikit2
said on June 12th, 2010 at 2:36 pm
tang baidu tu ok lagi.. leh submit..
yg russia tu haram jadah tak reti
said on June 13th, 2010 at 1:36 am
hahaha…bedal je
said on June 12th, 2010 at 8:21 pm
boleh dipertimbangkan untuk disubmit
artikel terkini dari sangilapi: sepi itu berlalu
said on June 13th, 2010 at 1:36 am
molek jugak kalau nak cuba tu
said on June 15th, 2010 at 11:49 pm
lebih bagus lagi kalau submit ke google, yahoo, bing, atau semua yg korang tahu.. itupun kalau korang mampu..bedal je lah kalau korang nak submit china punye ke, rusia ke, israel ke.. hehehe.. pasal byk lagi pasal ni saya belajar sampai pening kepala..mana tahu dpt target visitor kita. kalau blogger lah. x tahu pulak kalau im sejati..dasat OoOooo…diaorang
jeles tengok diaorang goyang kaki dpt duit..blog pun mcm x endah je..
bagus ni..thanx 4 sharing..share lagi lh kalau ada benda yg baru..
artikel terkini dari Hafiz Mohd: Find Job In Malaysia..Need Job? Jawatan Kosong!! Anyone??
said on June 17th, 2010 at 11:59 am
bahasa rusia pun aku tak faham haha
artikel terkini dari Syafrizal: Perkara yang membuatkan hilangnya mood berblogging