Perut Hudoh
February 3rd, 2010 | 7:17 pm | Admin, Melayu | 990 views | 20 responses
Biasa mendengar perkataan ‘Perut Hudoh’? mungkin bagi mereka yang berasal atau pernah menetap di negeri pantai timur khususnya Kelantan dan Terenganu biasa mendengar dua patah perkataan ini, secara asasnya perkataan perut hudoh bermaksud seseorang yang mempunyai bentuk perut yang tidak menarik sama ada terlalu buncit, atau perut penuh dengan lebihan lemak atau mungkin juga perut yang mempunyai penuh parut seperti panau, kurap, parut luka dan sebagainya.
Pengertian pertama tadi mungkin jarang diguankan oleh sesetengah masyarakat Kelantan, bagi perkataan ‘perut hudoh’ ini lebh kerap disamakan dengan seseorang yang mempunyai perasaan khianat dan jahat dalam tingkah laku perbuatannya, ataupun mempunyai hati yang busuk serta mempunyai tujuan dan agenda tersendiri dalam setiap perbuatan dan tingkah lakunya.
Dan penulis percaya dalam kehidupan seharian memang terdapat individu yang mempunyai sifat ‘Perut Hudoh’ ini, dan kebiasaannya individu sebegini pandai melakonkan watak-watak baik, alim dan mesra terhadap mangsa yang sudah dikenalpasti, individu seperti ini hanya menunggu mangsa dan saat yang sesuai sahaja untuk bertindak merampas, menguasai dan seumpama dengannya apabila peluang tersebut mucul.
Dan kebiasaannya mereka yang Perut Hudoh ini bukannya individu jauh atau orang lain daripada mangsanya, dalam banyak-banyak kes ianya berlaku di kalangan saudara mara, sahabat handai dan rakan karib.
Kenapa penulis menulis entry sebeginipada petang-petang hari begini? kerana penulis baru sahaja mendapat perkhabaran daripada kampung penulis mengenai adanya gejala perut hudoh sedang berlaku terhadap kepentingan penulis dan ahli keluarga penulis di kampung, dan macam yang disebutkan di atas, si pelaku perut hudoh tersebut bukanlah orang lain malahan di kalangan saudara mara sendiri. Dan bila difikirkan lama-lama, memang jelas setiap tindakan individu terlibat yang seakan-akan baik selama ini ternyata mempunyai motif lain sebenarnya.
Apa-apa pun lebih baik memiliki pertu yang hudoh dari segi fizikal dan luaran daripada memiliki fizikal dan luaran yang cantik tetapi busuk dan hodoh di dalamnya.



















said on February 3rd, 2010 at 8:22 pm
Bersabarlah kpd penulis atas apa yg dihadapi…
smg Tuhan Memberkati…
myrol92 had an interesting article on ..Perbualan Rasulullah S.A.W Dengan Iblis
said on February 4th, 2010 at 12:24 am
sentiasa bersabar, cuma terkilan..huhuhu
said on February 3rd, 2010 at 10:49 pm
sabar jelah..harap2 balasan yang setimpal terjadi pada pelaku tersebut..
mr.z had an interesting article on ..Brand Cap Ayam??
said on February 4th, 2010 at 12:24 am
insya Allah…Allah S.W.T maha adil kans
said on February 3rd, 2010 at 10:57 pm
owwww,,, baru tawu, heee
said on February 4th, 2010 at 12:24 am
heheh..tulah
said on February 3rd, 2010 at 11:30 pm
hudohnye dgr word tuh.. ehehehe..
yus had an interesting article on ..Arak – Sedapkah?
said on February 4th, 2010 at 12:25 am
keh3….hudoh word hudoh lagi perangainya ek…hehe
said on February 4th, 2010 at 12:34 am
lallallala..malu plak bila pk peyut
~asha~ had an interesting article on ..bukan Pemalas tapi tak rajin je
said on February 4th, 2010 at 1:35 am
hahaha..malu ek
said on February 4th, 2010 at 9:34 am
salah satu tanda akhir zaman…
Sabda Rasulullah SAW :”Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga.” * Riwayat Ahmad dan Hakim*
di mana2 skrg dah byk “perut hudoh”…
said on February 4th, 2010 at 12:32 pm
itulah izzan…sedih n kecewa…btw hanya perut lembu dan perut ayam jer yang walaupun hudoh tapi sedap di makan..hehehe
said on February 4th, 2010 at 12:40 pm
satay perut sedapp….weee~~ tp perut ayam belum pernah makan lg….
sedih kan..coz biasanya yg x bersalah n x tau apa2 yg akan jd mangsa..
said on February 4th, 2010 at 5:58 pm
hehe….perut ayam pun sedap, tapi x banyak dah orang buat, kat pasar malam KB jer yang ada
said on February 4th, 2010 at 9:02 am
Jgn risau, sapa-sapa yang ada perut hodoh macam ni boleh contact aku untuk jadikan slim. Tunggu…produk sangat berkesan dan laris di pasaran. Orang pantai timur dah banyak yang slim melim.
said on February 4th, 2010 at 5:59 pm
mung jual apa pulak min? ke buat bisnes urut perut hahaha
said on February 4th, 2010 at 12:02 pm
macam perut kazza je
said on February 4th, 2010 at 5:59 pm
hahaha..memang kazaa pun..demo kelah eik
said on July 10th, 2010 at 3:06 pm
moga tabah dalam menghadapi golongan seperti ini.
perut hudoh mungkin seangkatan dengan api dalam sekam,gunting dalam lipatan,musuh dalam selimut
artikel terkini dari sangilapi: tekad
said on July 11th, 2010 at 12:59 pm
itulah hakikatnya, selalunya yg dengki dan buat mslh bukan org jauh, kalangan sanak sedara juga,
kadang2 mereka cemburu melihat kejayaan sanak saudara lain
artikel terkini dari mijie: Jangan tinggalkan anak anda tidur dalam kereta bersendirian