Petanda Awal Bulan Puasa Akan Tiba
July 4th, 2010 | 10:12 pm | Muslim | 856 views | 64 responses
Kalau ikutkan kalendar Hijriah, hari ni baru 21 Rejab 1432H, masih ada lagi lebih kurang 40 hari sebelum umat Islam akan menunaikan ibadah puasa di bulan ramadan dan insya Allah kita semua di berikan kesempatan dan peluang untuk meraikan kehadiran bulan yang mulia dan penuh keberkatan tersebut.
Sebenarnya ni baru balik dari kedai runcit mamak di estet tempat saya tingal ni, bila masuk je kedai tu terasa lain macam pulak kaunternya, macam ada design atau susunan baru la pulak. Hairan jugak pada mulanya dan saya buat tak kisah. Ingatkan saja mamak tu nak tukar angin.
Setelah selesai beli barangan keperluan serba sedikit, bila nak bayar di kaunter tu baru perasan sudah ada deretan kotak-kotak buah kurma sedia untuk dijual di kedai tersebut. Halamak, Mamak ni memang betul-betul advance, lagi 40 hari nak puasa deme dah siap jual buah kurma dah.
Sempat jugak tengok kotak-kotak kurma tu tadi, boleh tahan jugak murahnya, yang kurma iran bertangkai tu pun deme boleh jual dalam RM4.90 je sekotak, berapa gamaknya harga kos yang deme dapat.
Itulah dia petanda awal bulan puasa akan tiba, buah kurma yang bukan menjadi makanan atau buahan utama di tempat kita sudah mula muncul di kedai-kedai. Apa-apa pun orang bisnes ni memang ligat dan dia punya forward planning memang kena sentiasa mantap.














said on July 4th, 2010 at 10:19 pm
Best tu kurma..aku suka sgt makan kurma..hehe..tp aku x pernah amik tau pun kurma tu dtg dari mana..hehe
aku main makan je asalkan sedap..hehe..
artikel terkini dari fyzul MP: Nostalgia Sukan Sekolah
said on July 5th, 2010 at 12:25 am
sama ah. macam2 ada.
artikel terkini dari Affan: Kanada G20 Riot dan Gay Parade-
said on July 5th, 2010 at 2:07 am
aku suka yang kering sket
said on July 4th, 2010 at 11:30 pm
huhuhu dah start dahh
artikel terkini dari .::wanie::.: Mariam Ogawa Dengan Hellioz Ke
said on July 5th, 2010 at 2:07 am
itulah pasal
said on July 4th, 2010 at 11:31 pm
itu namanya promosi awal, mantap betul kedai kat estet bro tu, dan lagi satu petanda awal bulan puasa ialah banyak kedai jahit dah tak ambil tempahan baju, hahaha
artikel terkini dari mijie: Muhammad Tarmizi Dot Com kini sudah ada page di Facebook
said on July 5th, 2010 at 12:23 am
pasal kedai jht tu pun btul gak. haha.
artikel terkini dari Affan: Kanada G20 Riot dan Gay Parade-
said on July 5th, 2010 at 2:08 am
hahaha…setuju tu, pernah ternampak notis depan kedai jahit “tempahan untuk raya tutup setakat bla bla bla..”
said on July 5th, 2010 at 7:05 am
sekarang ni org rumah dah bising pasal nak tempah baju, dah 2 tempat tak nak ambil tempahan dah, hehehe
artikel terkini dari mijie: Analisa trafik bulan jun
said on July 5th, 2010 at 12:03 am
ek.. bukan sebab ramai dah mula puasa sunat sempena bulan Rejab ke?
artikel terkini dari kyo_9: Panenka
said on July 5th, 2010 at 2:09 am
pun ada jugak tu
said on July 5th, 2010 at 12:23 am
artikel terkini dari Affan: Kanada G20 Riot dan Gay Parade-
said on July 5th, 2010 at 2:09 am
Insya Allah
said on July 5th, 2010 at 12:43 am
rasa cam nk beli kurma n sedekah seperti tahun2 sebelum nie… he..23x
kata orang kalau nk memancing undi pancing la time2 cam nie
artikel terkini dari Bro framestone: Ned Bra
said on July 5th, 2010 at 2:10 am
boleh la nanti kita buka puasa sama-sama nanti bro
said on July 5th, 2010 at 1:04 am
salam saudara..
pandai mamak tu
sebelum harga naik
bila permintaan tinggi
oleh suplier..dia borong
awal lagi..kemestian umat
islam berbuka dengan kurma
ni…sunat..he he
artikel terkini dari zulkbo: Berpakaian Hakikatnya Bertelanjang
said on July 5th, 2010 at 2:10 am
deme tu memang ligat betul
said on July 5th, 2010 at 1:05 am
tetiba rasa terliur
pulak nengok gambar
yang saudara paparkan
dalam entri ni..hu hu
artikel terkini dari zulkbo: Berpakaian Hakikatnya Bertelanjang
said on July 5th, 2010 at 2:11 am
hahaha..esok bro zulkbo kena cari tu kot2 dah ada kat area rumah bro
said on July 5th, 2010 at 1:40 am
nampak kurma tu.. memang tanda-tanda dekat sangat dah nak puasa..
artikel terkini dari kulanz: Mohd Juara Mentor TV3 Musim ke-4
said on July 5th, 2010 at 2:11 am
itulah bro…org rumah saya pun kan main dok ganti hahaha
said on July 5th, 2010 at 1:44 am
one more, skrang ni orang ppuan bru duk sibuk2 nak ganti puasa diorg yang taun lpas… hahaaa… mase awal2 xmo ganti…. time2 ni laa nk ganti… then nk shopping raya laa… ape daa…
p/s: mase bukak puasa bru2 ni, aku jmpe kurma kat dapur umah aku… kurma yg MB Trganu bagi mase ramadhan tahun lpas… masih tersimpan rapi… hik3…
said on July 5th, 2010 at 2:12 am
banyak komitmen kot…boleh layan lagi tu kalau elok
said on July 5th, 2010 at 7:50 am
dah dekat benar la tu kalau 40 hari je lagi
patut le demo dok citer hal kain je…
artikel terkini dari tehr: Mr Happy
said on July 5th, 2010 at 8:58 am
satu lagi tanda, paper dah siap buat coverage mercun di rampas huhuhu
said on July 5th, 2010 at 1:06 pm
jangan ada yang menjadi mangsa bermain mercun di awal-awal ni sudahlah
-puasa pun belum lagi !
artikel terkini dari sangilapi: tekad
said on July 5th, 2010 at 2:18 pm
walau banyak mana rampas pun..bila raya berdentam dentum jugak jadinya..tiba2 muncul stok mercun huhuhu
said on July 5th, 2010 at 10:21 pm
hohoh dulu orang main mercun buluh je bro
said on July 5th, 2010 at 8:08 am
dah tak lama la ni akan puasa..tidak sabar rasanya nak berjumpa dengan bulan ramadhan..
said on July 5th, 2010 at 8:59 am
Insya Allah ramadan tahun ini terbaik untuk kita semua
said on July 5th, 2010 at 9:08 am
insyaAllah..itulah yang kita semua harapkan.. “)
artikel terkini dari Thoha: Melahirkan Keikhlasan Dalam Diri
said on July 5th, 2010 at 8:32 am
Terliur tengok buah kurma tu bro..lama x makan,kalau time puasa selalu dapat free..he hadiah.
Apapun selamat berpuasa in adv utk bro..
said on July 5th, 2010 at 9:00 am
rezeki murah di bualn puasa nanti
said on July 5th, 2010 at 9:56 am
bestnya… bulan yang dinanti-nantikan oleh umat islam…
artikel terkini dari zik: Kelebihan menjadi MuazzinBilal
said on July 5th, 2010 at 2:19 pm
banyak org tunggu bulan puasa…yg betul2 nak puasa tu ok satu hal..yg niaga dan komersil pun satu hal huhuhu
said on July 5th, 2010 at 10:44 pm
yang niaga tu biasala rezeki murah bulan puasa ni kan bro..hehe
said on July 5th, 2010 at 10:08 am
kurma ni aku tgk kat kedai ad je..tp dkt bulan puasa ni baru nak laku skit..hehehe…kurma ni makan pun sodap..kena sebijik 2 mase berbuka pun da puas hati..hehe
artikel terkini dari azizan4444: Karenah Perempuan Bercinta- Lelaki Dalam Dilema
said on July 5th, 2010 at 2:20 pm
2 bijik sudah mengcukupi tu bro..lepas tu layan murtabak raja hahaha
said on July 5th, 2010 at 1:02 pm
berniaga buah kurma di bazar ramadhan pun kencang jugak hasilnya
petanda ? mungkin bagi sesetengah barang keperluan raya mula mengalami kesukaran bekalan
artikel terkini dari sangilapi: tekad
said on July 5th, 2010 at 2:21 pm
betul tu bro…tahun lepas aku aku buat kecil-kecilan repack kacang jual kat kawan2 office, boleh tahan jugak tu
said on July 5th, 2010 at 10:22 pm
fuh, memang kreatif la bro, boleh buat juga la pasni, cari income sampingan
artikel terkini dari mijie: Analisa trafik bulan jun
said on July 5th, 2010 at 10:30 pm
serius untung, beli kacang bersalut tu dari pengilang kat selayang, jual murah sikit dari harga kat kedai, memang seronok
said on July 6th, 2010 at 2:58 am
mijie,bab duit ni asal rajin dan kena gayanya memang boleh tersenyum dibuatnya
artikel terkini dari sangilapi: tekad
said on July 6th, 2010 at 8:20 am
kn kreatif dan pandai ambil peluang, pasti boleh, maknanya dari sekarang sudah boleh rancang ni
artikel terkini dari mijie: Analisa trafik bulan jun
said on July 5th, 2010 at 1:42 pm
Iklan Yussof tayyob pun dah mula nampak.
Aku mencari kurma ajwa, kebetulan semasa di Madinah baru-baru ini beli hanya sekilo itupun dah 80 riyal. Kalau disini berapa harga dia agaknya.
said on July 5th, 2010 at 2:22 pm
hahaha…lama tak dengar iklan yussof tayyob tu
RM80 sekilo, memang susah le nak merasa
said on July 6th, 2010 at 2:59 am
mat,nanti jangan lupa tinggalkan aku sebijik-amek berkat daa
artikel terkini dari sangilapi: tekad
said on July 5th, 2010 at 1:47 pm
satu jek mamak ni… bulan posa dia boleh berniaga siang2… kasi senang jek org tak posa membeli belah…
said on July 5th, 2010 at 2:22 pm
ha ah…hari jumaat pun ada gak yg buka selamba jer…
said on July 5th, 2010 at 1:54 pm
yer betul tu kurma. ada lagi satu tanda puasa akan tiba tau aper? org ganti puasa (slalunye kaum wanita, lelaki i taktau) hehe. btol tak? ngehngeh
artikel terkini dari mummynana: CommentLuv Not Working
said on July 5th, 2010 at 2:23 pm
hehehe…wife saya pun dok kencang ganti ni, hari ni pun puasa
said on July 5th, 2010 at 2:29 pm
Kurmanya buat inget bulan suci ramadhan dan puasa bareng temen2…semoga di awal bulan ramadhan besok, menjadi tolak ukur ibadah kita lebih baik dari sebelumnya.Amin thx
said on July 6th, 2010 at 10:16 am
Insya Allah ramadan terbaik tahun ini
said on July 5th, 2010 at 3:13 pm
Haha.. lepas ni macam2 jenis kurma bakal muncul..
artikel terkini dari ST: Memasang Ubuntu didalam Windows dengan Wubi
said on July 6th, 2010 at 10:20 am
betul tu…perang kurma akan bermula
said on July 5th, 2010 at 11:08 pm
kalau kat bazaar ramadhan.. orang jual batu dan kayu pun org sanggup beli.. punya la nafsu makan besar sangat
said on July 6th, 2010 at 10:21 am
hahaha maklumlah dah 12 jam tak makan
said on July 6th, 2010 at 2:52 pm
sy tak sanggup nak beli..hehehe,,maksudnya nafsu makan sy kecik jer…
said on July 6th, 2010 at 2:12 pm
selain tu, petandanya adalah pertandingan hafazan ngn al-quran peringkat kebangsaan
said on July 6th, 2010 at 2:49 pm
kurma owh aku terliur gak…..
artikel terkini dari ishak: 4d result dan 4d magnum kenapa asyik berjudi
said on July 6th, 2010 at 2:50 pm
kurma…sayangnya sy tak makan kurma, kismis pun x makan…ruginya….selalu jer cuba nak makan tp cannot go..hehe,
said on July 7th, 2010 at 8:26 pm
Sala,tak sabar nak tunggu puasa macam-macam hikmah ada pada bulan ramadhan,masyallah besarnya kekuasaan allah swt
,kurma yang tahun lepas masih ada lagi kat rumah satu dozen
,hehehe bro etomyam nak datanglah rumah
.
said on July 9th, 2010 at 6:26 pm
Hidangan wajib sebelum berbuka puasa,pekena kurma la dulu,hehehe pastu murtabak dengan air soya sejuk,pehhh tak sabar nak tunggu bulan puasa
artikel terkini dari wazy: percubaan pertama