Raja Lawak Musim Ke-4: Kenapa Si Alex Patut Menang…

Posted by etomyam on 07-02-2010 | 776 views so far | Posted in Hiburan, Nasional

15

Satu-satunya rancangan program realiti TV yang aku tengok setakat ni adalah Raja Lawak, ntah kenapa yang lain-lain tu macam tak timbul pulak minat. Aku suka layan raja lawak pasal rancangan tu boleh membuat aku dan keluarga ketawa bersama-sama, selain untuk berhibur aku gunakan rancangan tu untuk wujudkan satu kenangan bersama-sama anak-anak, supaya bila besar nanti deme akan ingat saat-saat best tengok TV sama parent deme. Sama macam parent aku buat dulu dengan rancangan Sitcom Pi Mai Pi Mai Tang Tu, so memori tu akan lekat lama.

Dan jangkaan aku musim ni memang juaranya dah nampak dah, sape lagi kalau bukan Alex tu, memang mamat ni ada aura seorang pelawak secara semula jadi tanpa perlu membuat lawak yang pelik-pelik.

Mamat ni memang sempoi dan tidak nampak bersungguh-sungguh untuk memaksa orang ketawa dengan lawaknya, sebaliknya lawak tu datang secara semulajadi dari penonton tu sendiri.

Bukan senang sebenarnya nak buat orang ketawa ni, lebih-lebih lagi kita ada sorang-sorang je kat atas pentas tu. Dah ramai yang gagal buat orang ketawa malahan kita yang tengok ni pun rasa kesian dan tunggu bila nak ketawa.

Kenapa aku kata si Alex ni akan menang:

  1. Dah nampak tanda-tanda awal, penonton dalam studio suka dia, juri pun gelak dengan lawak dia, Afdlin, brader bob dan Din Beramboi pun nampak ok dengan performance dia;
  2. Mamat ni ada self-confident dan boleh buat lawak secara bersahaja, sesetengah peserta walaupun dok tengah buat lawak nampak macam tak lawak pon;
  3. Dia solo fighter. Maksudnya sorang-sorang jer dia buleh buat lawak atas stage sana, kalau yang berkumpulan tu nak kena ada keserasian baru timbul lawaknya; dan
  4. Si Afdlin beria-ria suruh penonton kat luar undi dia…heh heh. memang patut pun.

Walau apapun undi melalui SMS penentu segalanya, tak taulah kalau ada orang yang suke undi ikut semangat kenegerian, atau muka si pelawak tu (…err perlu ke muka pelawak cun atau hensem?).

Tapi sapa sebenarnya yang paling lawak dalam rancangan Raja Lawak ni, peserta ke juri ke pengacara. Bagi aku salah satu sebab aku suka layan progam ni pasal nak tengok gaya pakaian dan rambut Din Beramboi dan Afdlin, dan yang paling suka sekali tengok gelagat dua orang tu si Johan dan si Zizan tu. Memang muka deme lawak habih…kalau buleh undi deme, aku undi si Zizan tu..heh heh.

 
 
 

Comments so far...(15)

  1. #1

    kita serupa….aku pun suka tengok raja lawak…coz aku suka tengok aksi jozan…itu yg paling lawak…musical comedy paling best! ’sekuntum mawar merah…sebuah puisi…’

    (ambil mood en jaz)..;)

    • #2

      hahaha..betul tu, we all gelak anak beranak dgn dua orang tu…

  2. #3

    aku sokong alex…aq download setiap persembahan dia kat youtube…
    lagi lawak si pengemis tu…
    Pejuang Kesenian Extreme had an interesting article on ..Mengapa Aku Minat Paintball

    • #4

      memamg power kan mamat tu….bagus ko donlod nanti aku buleh mintak

  3. #5

    he..23x tertibe teringat nabil si telingga capang… tp die mmg natural lawak tue ade dlm diri die…

    hope raja lawak ke-4 lebih menyengat huhu
    framestone had an interesting article on ..Observe & think

    • #6

      heheh…..dah kaya raya dah kan raja tu

      • #7

        kaya tapi tak pandai2.. silap padah pi kritik filem sendiri nak selamatkan kerjaya sendiri..hancus filem orang.. patut nye kena ada NDA utk artis tak bolh kritik projek sendiri.

  4. #8

    saya suka abang kasimmmmm!! hahaha idlan pon buat lawak muke selamba je. ckp pon steady je xde klam kabut. hehe

    klau group suke mamu. pon same si ajoi tu muke x bley blah. lg2 masa lawak dulu & skrang tu. oh, lgpon sbb mamu ex-USM. konon nak support USM :P
    julia d bubbles had an interesting article on ..Sambungan cerita Kota Singa

    • #9

      …uit mana aci main sokong ikut tempat belajar….hehehe. tak per, undi dan sokongan adalah hak persendirian….malam ni kita layans lagi ek

  5. #10

    Aku rasa mungkin Idlan yang menang berdasarkan undian…
    Dia pun kira ok.. cuma ari tu tang nyanyi tak best..

    Lawak ALex memang bijak.. respek abih…

    dan aku setuju dengan ko yg menambah lawaknya adalah juri dan Jozan.. Ari tu time menyanyi, 2 orang ni lagi syok layan.. Suara Zizan power gak.. rapping boleh.. lagu sekuntum mawar merah pun best….

    ok .. malam ni kita layan Raja Lawak.. Pon pon… ‘Mesti Mari’
    zool had an interesting article on ..Jalan-jalan Kay El

    • #11

      baru habis layan raja lawak..nasib baik alex tak out, tapi memang nampak x der idea dia, idlan pulak ok malam ni

  6. #12

    Bolih bha kalo ko…
    Mr J had an interesting article on ..Senarai Artikel Pilihan pengeRindu

  7. #14

    aku menyampah kat pengkritik2 raja lawak 4. tak best mcm yg dulu2.

  8. #15

    salam..
    aduh, kat umah tak der astro lee..tunggu anak besar dulu baru ok kot.heheh

Write a comment