Rakaman Klip Amatur Pertunjukan Bunga Api Karnival Wow! Putrajaya
February 21st, 2010 | 1:51 am | Admin, Nasional | 955 views | 13 responses
Malam tadi banyak pula aktiviti, di awal malam melayan siaran lansung perlawanan bolasepak piala FA Malaysia di antara Kelantan dengan Kedah di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, yang berkesudahan seri 1-1, yang mana keputusan tersebut membolehkan pasukan Kedah layak ke pusingan seterusnya. Secara peribadi saya amat berpuashati dengan corak permainan pasukan Red Warrior malam tadi, mungkin nasib tidak menyebelahi walaupun sudah berhempas pulas menyerang bertubi-tubi pintu gol Kedah. Dan juga amat gembira dengan suasana stadium dan penonton Kelantan yang dipenuhi dengan warna merah, walaupun gagal layak namun tidak pula ternampak insiden membaling botol mineral dan juga dentuman bunyi mercun. Satu perkembangan yang amat sihat dan diharapkan terus berkekalan. Berbeza dengan suasana semasa final piala Malaysia 2009 yang lepas.
Aktiviti kedua dan berkaitan dengan posting kali ni adalah rakaman klip video amatur mengenai pertunjukan bunga api sempena karnival Wow! Putrajaya 2010 yang dijadualkan pada 20 hingga 21 februari 2010.
Pertunjukan lebih kurang 5 minit tu berlansung selepas konsert yang di adakan di tapak Pasar Tani Precint 2. Lokasi tempat klip video di rakam adalah di jalan menuju ke Yayasan Kepimpinan Perdana, bersetentangan dengan tapak karnival.
Klip di rakam hanya menggunakan kamera digital olympus u820. Jadinya kualiti boleh nilai sendiri lah. Jangan expect macam dalam TV la pulak. waktu rakaman lebih kurang jam 11.05 malam.
Tujuan ke lokasi tersebut sebenarnya menemankan sahabat lama untuk merakamkan gambar bunga api dengan kamera DSLR yang baru di belinya. Masih dalam proses pembelajaran.
Jadinya inilah hasilnya :



















said on February 21st, 2010 at 2:05 am
huhu..kecewa aku, spot dah cun, kamera lak wat hal. Tetiba je jadi susah nak fokus, semua gambar turn out out of focus walaupun dah pakai f22..huhu..kecewa2..semua jadi kenangan dalam kepala je la.. T_T
izzat had an interesting article on ..Update: Firework Show at Karnival WOW! Putrajaya
said on February 21st, 2010 at 2:13 am
oh ye ke, kawan aku tu siap dok betul-betul tepi tasik, nasib baik tak jatuh dlm tasik, kalau tak lagi satu hal….btw tu lah bro ek, kita dah prepare cun punya, last-last ada jer slack..tunggu bulan 8 ni, international firework festival…kasi yg terbaek punya.
said on February 21st, 2010 at 7:59 am
international firework festival tahun lepas ke 2tahun lepas teman ade tengok.. (ingatan hilang sekejab)
bukan senang nak setting DSLR.. kekadang kte kne wat back up cara if kejadian cam nie berlaku. Sekurang2nya tiada yang kita miss
p/s- teman pun masih berlajar pakai DSLR tp office punya la he..23x
framestone had an interesting article on ..Nikahnya Zina
said on February 21st, 2010 at 9:47 am
tahun ni ada jugak, bulan 8 nanti kot..benda tu 2 tahun sekali….aku melihat kawanku bermain2 ngan DSLR nya dengan lelehan air liur je huhuhu
said on February 21st, 2010 at 12:13 pm
xpe bro.. jom kite kumpul duit beli DSLR ek
teman tgh kumpul duit nie.. nak beli n wat bisnes photography… photographer dah ade dah.. kamera je xde huhu
framestone had an interesting article on ..Nikahnya Zina
said on February 21st, 2010 at 1:00 pm
elok sangat tu bro..dah ramai yg buktikan berjaya generate income dgn tangkap gambar ni….harap impian bro jadi kenyataan, apa kata kita set target by hujung tahun ni paling lewat pun…
said on February 21st, 2010 at 12:02 pm
Wow!
said on February 21st, 2010 at 1:01 pm
wow the wow…hehehe
said on February 21st, 2010 at 10:11 pm
by hujung tahun nie?? erm waduh arghhh
bg teman dapat kerjaya yang stabil dulu huhu.. la nie mmg nk pakai duit byk sgt huhu
framestone had an interesting article on ..Nikahnya Zina
said on February 21st, 2010 at 10:56 pm
boleh bro…ada lagi 10 bulan, sempat tu…hehehe
said on February 23rd, 2010 at 1:11 am
woo..menariknya bunga api tu..tak dapat tgk yg real, tgk video pun ok dah! huhu
wanwma had an interesting article on ..Menguruskan Kerja Menggunakan Peta Minda
said on February 23rd, 2010 at 1:29 am
ha ah bro…tapi tu rakaman amatur jer…boleh le sket2 layan