RM1.77 Di Hari Pertama Operasi Innity
February 18th, 2010 | 10:18 am | Admin, Blogging | 866 views | 39 responses
Domain ini agak lewat memasang iklan Innity, satu lagi sistem pengiklanan tempatan yang meliputi Asia tenggara dan meningkat maju serta memberikan saingan sihat kepada sistem iklan online sedia ada advetlets dan nuffnang. Dengan rekod bilangan 2.9 juta pelawat unik dan 1300 kempen pengiklanan, sudah tentunya sistem innity memberikan peluang pemasaran produk dan perkhidmatan yang baik kepada industri dan pada masa yang sama membuka peluang janaan duit kepada blogger yang menyertainya.
Domain ini pada awalnya menganggap permohonan untuk menyertai sistem innity gagal berikutan tiada maklumbalas daripada syarikat terbabit selepas permohonan di hantar. Mungkin domain ini tidak menepati syarat sistem tersebut, walau bagaimanapun selang beberapa waktu saya ada menerima email daripada innity mengenai survey yang bertanyakan pendapat semua publisher nya sama ada pembayaran patut di buat pada had RM50.00 atau RM100.00.
Saya mengambil inisiatif untuk menghubungi semula innity dan mendapatkan pengesahan sama ada saya di anggap sebagai publisher kerana saya tidak mendapat sebarang notis sama ada berjaya atau tidak untuk menyertai innity.
Dan pihak innity menunjukkan tahap profesional yang baik dengan menghubungi saya melalui telefon dan memaklumkan sebenarnya permohonan saya sudahpun di luluskan, tetapi email yang dihantar melalui email streamyx.com saya telah bounce. Dan saya diminta untuk mengggunakan email lain bagi membolehkan mereka menghantar maklumat mengenai akaun saya. Cukup mudah. Terima kasih Ms Shuba.
Dan sekarang iklan innity sudah siap di pasang dan janaan hari pertama sebanyak RM1.77 adalah satu permulaan yang agak baik dan menjanjikan sesuatu yang menarik. Apa yang penting bagi domain ini dan blog-blog lain juga mencari lokasi paling sesuai untuk menempatkan iklan dalam layout blog. Tips yang pernah saya baca dahulu iklan perlu perlu diletakkan sama dengan paras mata pengguna komputer, sama dengan kaedah pemasaran produk di gondola-gondola hypermarket dan shopping komplek. Lokasi produk yang berada di sama paras dengan mata pelawat atau penunjung merupakan harga yang paling mahal sekali.



















said on February 18th, 2010 at 11:45 am
hai..Alhamdulillah diluluskan..ya, semoga lebih bermotivasi lagi dalam berkarya dunia blog
said on February 18th, 2010 at 12:44 pm
duit percuma, kalau ada rezeki ambik je hehehe
said on February 18th, 2010 at 12:08 pm
Many thanks for those immense hints inside the post, they have genuinely helped me!
said on February 18th, 2010 at 12:45 pm
motive here? hahaha
said on February 18th, 2010 at 12:18 pm
hm. dulu masa nuffnang tak dapat buffered ke?
ariff had an interesting article on ..Hari Ini
said on February 18th, 2010 at 12:46 pm
aku register je nuff tapi tak pasang code…
said on February 18th, 2010 at 12:50 pm
Wah tahniah bro.. permulaan yg baik.. cam aku newbie ni byk kene blaja dan membaca penglmn dan kepakaran cam blog ni..
TerunaGiler had an interesting article on ..Putera Saudi disiasat kes bunuh
said on February 18th, 2010 at 1:22 pm
sekejap je tu bro akan cepat terrer…hahaha
said on February 18th, 2010 at 12:57 pm
hehehe… ayie dah dapat wang saku dari nuff tapi berblogging bukan nak duit,just nak luahkan sesuatu dengan penulisan dapat kita luahkan sesuatu kan2?? bro tom
said on February 18th, 2010 at 1:15 pm
betul tu bro, kalau betul nak kejar duit saya kena berenti kerja dan create blog yang lagi panas dan gempak habis…hehehe, saya gunakan blog untuk kongsikan pandangan dan juga platform untuk belajar menulis termasuklah penulisan bahasa english…hehehe.
said on February 18th, 2010 at 1:24 pm
betul2 bro tom… hehehe
,sokong 99% bro tom punya entry
said on February 18th, 2010 at 4:49 pm
hahah cayalah bro ayie..steady
said on February 18th, 2010 at 1:50 pm
berminat jugak nak sertai tapi tahap pelawat masih kurang kalau mengikut syarat sah program innity… tak pe la pelan2… tahniah bro… harap2 selalu update pasal innity ni bagi semangat membara… huhuhuh
mancai had an interesting article on ..jadilah kreatif dan unik
said on February 18th, 2010 at 1:55 pm
uit bro..terkejut pulak tengok avatar pompuan, pasal sebelum ni mancai yang ku kenali seorang lelaki…hehehe, btw harapnya makin naik la sikit, boleh la buat lepas sewa domain…hehehe
said on February 18th, 2010 at 2:10 pm
huhuhu maaf banyak2 bro tersalah add email… email bini aku laks… mudah2an bro aku doakan…. amin… seronok lak innity ni iklan sentiasa keluar tak macam nuff… kadang ada…kadang tak ada…
mancai had an interesting article on ..jadilah kreatif dan unik
said on February 18th, 2010 at 4:51 pm
tak tau lagi performance sebenar bro…insya Allah pasni blog bro pun akan generate income banyak jugak..
said on February 18th, 2010 at 3:10 pm
Salam
Innity memang nampak lagi lumayan hasilnya dari nuff..
Tapi tak ada keberanian nak join..
said on February 18th, 2010 at 4:52 pm
w’salam…alah apply aje, kalau dah memang ada rezeki dapat jugak tu hehehe
said on February 18th, 2010 at 3:49 pm
congrats!mahsyuk la pasni..
dengar citer blog yg dpt tangkap traffic yg gempak giler je bleh dpt innity ni..
kira blog bro ni mmg traffic magnet la yer…hehe.
said on February 18th, 2010 at 4:55 pm
oh ye ke, rasanya traffic blog ni tak de lah tinggi sanagat, blog ni meriah pun pasal ada kawan2 baik yg selalu berkunjung cam en ahmad yusri ni hehehe
said on February 18th, 2010 at 3:53 pm
huhu best giler la…duit flow camtu jer..kalau sehari 1.77…kalau 30 hari…wow..
said on February 18th, 2010 at 4:56 pm
baru 30 hinggit heheheh
said on February 18th, 2010 at 4:08 pm
saja je bikin teman jeles huhuhu arghhhhhh
majuk dgn innity… permohonan teman di reject minggu lepas… boleh apply lagi ke
framestone had an interesting article on ..Because I Love Girls.. So I Should Tell You’ll
said on February 18th, 2010 at 4:57 pm
hahaha bro apply je sekali lagi…tunggu lagi sebulan ke…
said on February 18th, 2010 at 7:06 pm
tahniah..saya sampai skang blom dgr berita approve lagi:)
said on February 18th, 2010 at 8:23 pm
ni mesti kes email yg awak bagi tu bounce…sebab kalau gagal pun deme akan inform..cuba check ngen deme…
said on February 18th, 2010 at 7:23 pm
sebulan..?? kne tgu lg 3minggu la nie..
if sehari 1.77
sebulan 30hari x 1.77 = rm53.10 tue
p/s- mbe teman sehari dapat dalam rm6 dari innity huhu
framestone had an interesting article on ..Because I Love Girls.. So I Should Tell You’ll
said on February 18th, 2010 at 8:24 pm
RM50 lepas la sewa nama domain setahun..hehehe..waah dasat member bro ek sampai 6 hinggit sehari…
said on February 18th, 2010 at 9:01 pm
sebab die pasang kat laman forum die huhuhu… tue yg masyuk tue he..23x
said on February 18th, 2010 at 11:20 pm
oo patut le, eh camner ngan forum malaya hari tu..lama tak dengar berita…
said on February 19th, 2010 at 1:11 am
cm bez je..ley try ni…free blako..hehee
said on February 19th, 2010 at 11:02 am
boleh try tu bro…pitih lebeh ngehehe
said on February 19th, 2010 at 10:45 am
Saya pun nak ucap tahniah juga! kadang2 org tak nampak apa yg diusahakan dibelakang tabir sebelum kita mendapat sesuatu..apa pun Alhamdulillah..
wanwma had an interesting article on ..Menguruskan Kerja Menggunakan Peta Minda
said on February 19th, 2010 at 11:03 am
timo kasih..sama-sama kita cari extra pitih bro ek…ngehehe
said on February 19th, 2010 at 7:21 pm
Wah semakin mengorak langkah maju bro….tahniah!!
zik had an interesting article on ..Perkara-perkara Sunat Hari Jumaat
said on February 27th, 2010 at 10:58 am
baguslah kalau macam tu… hmm susah juga nak dapat innity ni kan requirement dia tinggi jika dibandingkan ngan nuffnang
said on May 10th, 2010 at 3:24 pm
trafik mesti tinggi kan untuk layak innity tu
artikel terkini dari mijie: Cara untuk menggunakan domain dot com di blogspot
said on July 15th, 2010 at 10:04 pm
Saya mencuba innity selama 2 bulan pada bulan april dan may lepas. Earnings (Apr 1 – Apr 30) RM 54.34, Earnings (May 1 – May 15) RM 1.30 sahaja, jadi saya tukar ke nuffnang balik.
Tadi check akaun maybank2u ada kemasukkan RM 55.66 float 1 day, saya tercari-cari dari mana datangnya RM ini sebab dia tulis CREDIT SALARY, lama juga fikir dan check kat emel tapi tak dapat membantu akhirnya baru terfikir tentang innity.
artikel terkini dari ardzham: Baikpulih scanner dan kisah si bungsu
said on July 15th, 2010 at 10:09 pm
oh ye ke, saya pun nak kena check jugak kot2 ada, tapi bukan ke minimum payout dia RM100?… tak pasti saya ni