RM100 Untuk Sekali Tanggal..Awak Ada Berani?

February 27th, 2010 | 10:46 am | Melayu, Nasional | 1,202 views | 37 responses

Berita baik dan peluang mengaut keuntungan mudah kepada mereka yang suka dalam aktiviti  tanggal menanggal ni, dan kali ni bukan di negara lain sebaliknya dalam negara kita sahaje, di negeri Selangor. RM100 untuk sekali tanggal, satu jumlah yang agak besar dan banyak juga tu, siapa yang nak bagi. Kalau dapat 10 kali tanggal dalam sehari, mahu dapat RM1000 kering je satu hari. Lumayan, cukup lumayan, dan untuk menanggalkan bukannya susah, semua orang tahun macamana nak menanggalkan tu, tanyalah kat sapa-sapa pun, semua orang pernah buat dan tahu macamana nak buat.

Apa yang terlintas dalam fikiran bila dapat iklan tanggal menanggal macam ni? teruja? was-was? tak percaya? terpulang kepada persepsi masing-masing, namun apa yang pasti perbetulkan tempat duduk anda, dan boleh bersiap sedia dengan kamera dan tambah top-up prepaid anda.

Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menyediakan ganjaran RM100 kepada pemberi maklumat mengenai kegiatan menampal iklan haram khususnya iklan ah long. Timbalan Datuk Bandar, Puasa Md Taib berkata, ganjaran tersebut merupakan sebahagian daripada Kempen Jom Tanggal yang dilancarkan MBPJ.

Katanya, ia bertujuan mengurangkan masalah iklan pemberi pinjaman wang tanpa lesen di negeri ini khususnya di kawasan pentadbiran MBPJ dengan menarik penyertaan orang ramai untuk menyalurkan maklumat. Orang ramai yang melaporkan kegiatan penampalan dan penggantungan iklan ah long akan diberikan ganjaran sebanyak RM100.

Namun, pemberian imbuhan ini datang dengan beberapa syarat terutamanya maklumat yang disampaikan mestilah sahih. Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai aktiviti penampalan dan penggantungan iklan ah long boleh menghubungi MBPJ menerusi 03-79542020 yang beroperasi 24 jam. – petikan siaran media Kosmo! online.

Patut le malam tadi aku ke Petaling Jaya banyak pulak banner pasal kempen Jom Tanggal ni..pelik jugak, pasal tengah malam tak berapa jelas apa maksudnya, ingatkan tanggal baju ke, tanggal kain ke, tanggal seluar ke, tanggal kepala pun boleh jadi..rupa-rupanya tanggal iklan haram…walau apapun boleh buat duit ni.

Tapi nak kena berhati-hati jugak, kalau tersilap langkah Ahlong dapat kesan tak pasal-pasal kita pulak yang tertanggal gigi, kalau gigi jer tak per lah, kan tanggal kaki ke, tanggal jari ke….haish, mintak jauh…. tapi aku 100% confident dengan kempen ni pasal ada penglibatan PDRM.

email
myhome
 
ambo

Personal site where I share ideas and opinions generally in society and humanity.Specifically focuses on human resources development, leadership, management, blogging tutorials and tips, home and global affairs, photography, gadgets, entertainment as well as paid reviews and advertorials in both English and Bahasa Melayu. » contact here » Semak Ranking Blog Anda Disini

 
 

Responses so far...(37)

  1. 1

    serious bro, aku dah fikir bende-bende x senonoh bila baca tajuk enti ni + gambar budak dua orang tu…hhaha

    • 2

      hahaha..aku pun terkejut 1st time tengok banner tu…tu yg balik cari info tu

  2. 3

    salam,bro tom sorry lama x beromen dalam entry bro..ayie pie kem 4 hari 3 malam muhahaha… bagus ini contest.. muhahaha otak pun tgk blind nie tdr x cukup bro :(
    AyieBlog had an interesting article on ..Penyelenggaraan

    • 4

      w’salam bro…hahaha, patut lah semua aweks muka letih semacam jer, tapi driver lagi letih kan….

      • 5

        aweks 2 letih sikit je,nie yang driver + join kem lagi2 penat.. adesss nak tdr mata pulak membenggongkan diri x nak lelap.. hempess nyior betul
        AyieBlog had an interesting article on ..Penyelenggaraan

        • 6

          malam nanti la kot baru dapat tidur betul-betul

  3. 7

    hik..

    jOm kita tanggal!!!!

    misi yg bagus.
    kinakOyu had an interesting article on ....:: yeah….yeah….hari nie nak jumpa kengkawan sekOlah ::..

    • 8

      jom tanggal hahaha…tapi jgn sampai kantoi ngan along pulak…tak pasal-pasal pulak kita yg tertanggal gigi…huhuhu

  4. 9

    heh.. ade ke yg nk buat?? mcm ramai takut kan ancaman dari ahlong je.. ehhee.. serammm..

    lumayan gak dpt duit tue.. hehe
    qismina had an interesting article on ..salam maulidur rasul

    • 10

      kalau kena caranya lumayan tu…hehehe

  5. 11

    suspen betul tajuk entry nie…hehe…sy dah fikir lain dah td…hahaha…btw takut la nak tanggal…nanti kepala kena penggal…hehe…

    • 12

      hahaha..tajuk yang sungguh mengelirukan…terus jadi hantu penanggal

  6. 13

    alamak.. bila sebut kantoi ngan along.. ni yang tak berani nieh…hishhh

    • 14

      kena report senyap2 sama itu MBPJ ngan PDRM maa..baru selamat hehehe

  7. 16

    wakenabeb!haha
    jauh ar plak PJ
    kajang xda?keke
    azizuan had an interesting article on ..Sneak Peak PC Yang Agak Baru

    • 17

      hahaha….akurasa kalau berjaya pasni expand ke Kajang kot..

  8. 18

    dulu nak pinjam along pun ambik yang diaorang tampal2 tu lah..huhuhu
    isza had an interesting article on ..HARI PENYAYANG – Masih ada yang sayang

    • 19

      hahaha..tu lah pasal

  9. 20

    sendiri buat, sendiri mau tanggung woo… tak berani la bro… wooo

    • 21

      offer Rm100 pun tak berani gak? ada PDRM cover bro..muahaha

  10. 23

    ingatkan tanggal baju ke apa. btw, better Malaysia buat macam negara2 luar macam Australia. Dorang buat satu tempat kat public utk tampal apa2 iklan.. rasanya taklah mencacatkan penglihatan kita… bila iklan2 di malaysia yang ada di merata2, imej malaysia mungkin terjejas teruk.
    Amir had an interesting article on ..Penangan cinta jejaka Lombok: Gadis Melayu terpedaya

    • 24

      ha ha, setuju ngan idea bro tu, patutnya kena ada satu kawasan satu public board gitu kan

  11. 25

    Ingatkan ape la nak kena tanggal, dah le tu dapat duit plak. Ces terkena.
    Dr House had an interesting article on ..Mimpi mahal malam tadi, mimpi bawa kereta Lamborghini, adakah tanda aku akan kaya?

    • 26

      rezeki ni…senang jer dapat duit

  12. 27

    Lumayan kalau dapat tanggal iklan ahlong banyak-banyak ni :D

    • 28

      senangjer nak cari duit sekarangni kan…hahaha

      • 29

        ehhe..mambenteras ah-long satu program yang bagus..dan patut dilaksanakan dgn jayanya ;) semoga usaha kerajaan berhasil
        Suri had an interesting article on ..Argh!! Jerawat datang lagi

        • 30

          win-win situation kan

  13. 31

    Salam semua..
    wah ini sudah dikira baguh..pa lagi jom kita ramai2 laksanakannya bersama..

    bukan apa sb tampal menampal le menyebabkan separuh dari singboard jalan raya kurang jelas utnuk dibaca..tambah2 waktu malam..huhu

    terima ksih i atas maklumat ni..
    Suri had an interesting article on ..Argh!! Jerawat datang lagi

    • 32

      w’salam, tu lah suri, pernah satu malam ada tulisan je jalan sehala, tapi saya tak tau arah mana pasal kat bawah tu dah penuh iklan sampai tak nampak arrow…huhuhu

  14. 33

    memang patut tanggalkan jer ..
    dapat tangkap ah long tu .. tanggalkan pula diorang dari masyarakat .. hoho ..

    support usaha ini :)
    hydir had an interesting article on ..[IT] Free Windows 7 Theme – Malaysia Blogger Theme

    • 34

      jom kita bro hydir

  15. 35

    tanggal jangan tak tanggal.. haha.. selangor je buat offer tu? negeri2 lain taknak buat ke?

    • 36

      tu lah..takat ni s’ngor je… :D

  16. 37

    tanggal jangan tak tanggal..tapi takut jugak nak beri maklumat ni..buatnye bocor… ah long tau sape yg inform..memang nahas la kite.
    artikel terkini dari Cik Norfa: Sila undi saya ye!

Leave a Reply