Tahu Itu Bohong Tapi Ndak Percaya Jugak
February 1st, 2010 | 12:01 am | Admin, Melayu, Nasional | 790 views | 14 responses
Pernah alami situasi begini? kita sebenarnya tahu orang yang berada di hadapan kita tu sedang berbohong dan memang jelas pembohongannya tapi kita rasa seronok dengan cerita dia lalu kita macam hendak percaya jugak apa yang dia dok bohongkan tu. Mungkin anda semua banyak pengalaman sebegitu dan bagi aku pembohongan yang paling aku rasa seronok untuk percaya adalah berlaku lebih kurang 10 tahun lepas di sekitar Masjid India Kuala Lumpur. Walaupun dah 10 tahun pembohongan itu namun aku rasa best jugak kalau percaya cakap mamat tu.
Jalan Masjid India kalau hari Jumaat memang meriah, kalau pejabat kita di tengah-tengah KL masjid itulah yang jadi pilihan untuk solat Jumaat, walhal bukannya paham apa benda pun khutbah yang dibaca ikut Bahasa Tamil, tapi suasana dan aktiviti perniagaan yang rancak sebelum khutbah bermula tu yang membuatkan aku dan kawan-kawan seronok solat Jumaat di Masjid itu. Kan situ kan ramai orang jual ubat, macam-macam ubat tu yang suka layan area tu.

Dan aku amat suka dengar sorang mamat jual ubat ni, dia jual ubat tingkatkan kecerdasan minda jadi dia punya strategi mestilah untuk tunjukkan kekuatan mindanya, dia suruh orang tanya dia macam-macam soalan matematik then lepas tu dia jawab, memang nampak hebat, tak taulah kalau dah berpakat dengan si penanya tu, dan cerita dia yang paling aku suka dengar adalah pasal Nikola Tesla, alah yang pereka, ahli fizik, jurutera mekanik dan jurutera elektrik. Asal orang Croatia lepas tu dapatĀ kerakyatan US. Kerja penyelidikannya merupakan asas penciptaan arus elektrik ulang-alik yang digunakan oleh kebanyakan perkakas elektrik hari ini. Tesla pernah menjadi pembantu kepada Thomas Edison.
Dia punya teori kematian pasal Tesla tu yang best tu, dia cakap Nikola Tesla tu mati pasal kena bunuh dek orang yang diupah oleh syarikat minyak kerana penemuan saintifiknya yang mengatakan tenaga elektrik boleh dihasilkan tanpa gunakan bahanapi minyak, sebaliknya hanya dengan manipulasi molekul-molekul dalam udara je, sebab nak jaga bisnes so depa kena bunuh kawan tu, kalau tak sapa nak beli minyak.
Satu lagi dia cakap dia ada kuasa telepathy yang boleh berhubung dengan isteri mat Salehnya di eropah sana, siap tunjuk lagi gambar perempuan mat saleh tu, peergh, memang hebat, seronok aku dan kawan2 dengar ceritanya walaupun peratus untuk mempercayainya tak sampai 1%. Tu yang aku maksudkan kita tahu orang tu sedang ‘kencing’ kita tapi saja seronok ndak dengar ‘kencingan’ depa. hebat juga dia tu pasal aku tengok ramai jugak orang beli uabt dia yang tak ada brand tu.
Dan yang paling seronoknya pulak bila kita orang selesai solat Jumaat dan hendak makan di restoran tepi masjid tu, member tu dah nak habis dah makan bersama orang yang sibuk bertanyakan soklan matematik masa jual ubat tadi, bila masa pulak dia solat?…memang hebat.














said on January 31st, 2010 at 12:01 pm
ada gak aku tgk crite psl tesla nih kat discovery ch, mmg best
said on February 2nd, 2010 at 2:31 am
tu lah..misteri sikit, tu yg asyik aku dengar cite mamat tu…
said on February 1st, 2010 at 12:32 am
kalau org berbohong sbb nak melawak suka gak dgr..hehe
mello had an interesting article on ..Contest by Cik Mar | Friendship contest
said on February 1st, 2010 at 1:19 am
ha ah, seronok layan kan…
said on February 1st, 2010 at 3:37 am
wah mcm best jer orang 2.
ade gak dgr citer pasal 2, cume xpasti nak percaye ke x.
btw, nice blog!
izzad had an interesting article on ..alpa
said on February 1st, 2010 at 12:01 pm
memang kelazz member tu …jual ubat bro..jual ubat hahaha
said on February 1st, 2010 at 3:59 am
haha…siap cite psl Nikola Tesla tu…
lawak giler..
said on February 1st, 2010 at 12:01 pm
tu lah pasal….power info dia hahaha
said on February 1st, 2010 at 7:12 am
dia mmmg hebat he…23x huhuhu tabik spring la beb….
framestone had an interesting article on ..Kenapa Isteri Curang
said on February 1st, 2010 at 12:02 pm
hahaha….memang power bro..power habih
said on February 1st, 2010 at 11:32 am
kadang melayan best gak, tp tula, susah kalu jumpe org kencing kuat,uhuhhu
fiD had an interesting article on ..Sedap keropok lekor ikan keli ! Ainul Agrobased SDN BHD
said on February 1st, 2010 at 12:19 pm
hahaha…tulah pasal, kencin sket2 okay la…
said on February 1st, 2010 at 11:36 am
skrg nie mana2 sj n sapa2 sj susah kita nak percaya…lebih banyak bohong dari benar….suka agaknya dgn gelaran munafik..esp yg buat jualan langsung nie…kena bijak menilai…
said on February 1st, 2010 at 12:03 pm
kita tahu dia bohong tapi kita sesaje je suka ndak dengar…. hahaha