Tak Dapat Baca Tulisan Tangan Sendiri…Puncanya..
January 28th, 2010 | 10:40 pm | Admin | 711 views | 10 responses
Rasanya umur penulis tak der lah tua sangat, walaupun brader kantin dekat pintu pagar UPM tu panggil penulis dan kawan-kawan student Otai, dan rasanya juga masih belum lagi masuk ke tahap ‘Krisis Pertengah Umur’ atau Middle of the age crisis, sekarang ni pun rasanya masih tergolong dalam kumpulan Young Adult (umur 20 sampai 40). Cumanya semanjak dua menjak ni rasa berat benar nak menulis, bila tangan pegang pen pun rasa tak kemas dan lemah jer, ingatkan kes lama tak praktis menulis. Tapi memang benar jugak pasal kali terakhir penulis menulis dengan begitu tekun dan kuat adalah lebih kurang 2 atau 3 tahun yang lepas, tu pun masa jawab peperiksaan di tempat kerja.
Dan dalam kelas hari ni bukan setakat rasa tak selesa untuk menulis, nak baca tulisan sendiri pun tidak kenal. Memanglah penulis akui semenjak penulis pandai menulis masa kecik-kecik dahulu sampai dan beranak-pinak ni, tidak ada seorang pun sama da di kalangan guru atau kawan-kawan yang mengatakan tulisan tangan penulis cantik dan kemas, tapi sekurang-kurangnya pada masa tu dapatlah jugak lulus semua peperiksaan, janji orang lain boleh baca.
Dan petang tadi juga kawan sekelas yang pinjam nota penulis, selepas seketika dia memulangkan semula kepada penulis sambil berkata yang dia tidak dapat membaca tulisan tersebut, penulis juga tengok kembali nota berkenaan dan penulis sendiri tidak dapat membaca tulisan tangan sendiri. Ni sudah kes parah ni.
(teruk sangat ke tulisan tangan ni?)
Lalu penulis terfikir mungkinkah sebab selalu sangat gunakan keyboard sama ada desktop dan laptop telah menyebabkan tangan penulis jadi kaku dan macam tidak biasa menulis, ataupun penulis tidak fokus dalam kelas? Rasanya dah fokus dah, cuma bila nak tulis je rasa lemah je tangan, tapi kalau taip keyboard laju semacam je….Rasanya seseorang kena buat kajian khusus untuk menda ni, adakah betul atau cuma imaginasi penulis sahaja…



















said on January 28th, 2010 at 11:26 pm
tengah mengantuk kot?? hehe, tulisan doktor nie..
zikr had an interesting article on ..Atasi masalah pengurusan masa anda dengan “LAKUKAN” bukan “FIKIRKAN”
said on January 29th, 2010 at 12:06 am
tu pun antara faktor penyumbang gak tu..hahaha
said on January 29th, 2010 at 12:03 am
ehehhehe.. ok lagi la kalo nak bandingkan dgn tulisan doktor.. at least saya leh faham dua tiga word cam exercise, appropriateness, opening,training content, stage.. see! ok what!! ehehhehe
yus had an interesting article on ..Sisi Gelap Kacang Soya
said on January 29th, 2010 at 12:08 am
..maknanya tulisan tangan tu masih tahap normal lagi ek…TQ hehehe
said on January 29th, 2010 at 10:20 am
en jaz kena masuk kelas trengkas nie…hehehe…agaknya mcm nie note org ambil master ek..kalau phd mcmana la agaknya..;p
said on January 29th, 2010 at 11:09 am
hahaha…kalau phd…lagi senang kot…garis lintang jer..x payah tulis terus…hahaha
said on January 29th, 2010 at 8:01 am
jaz, ak lg teruk, nak menaip kalau english terkial-kial, mcm tak tau eja…kalau bm ok, tapi bi,aku kene check byk kali. wonder gak knape. aku ingat simptom2 penyakit tua lah
said on January 29th, 2010 at 8:38 pm
hahaha..dah ada tanda2 tu…tapi masih belum terlambat utk baiki
said on January 29th, 2010 at 8:01 am
tulisan aku pun teruk gak jaz, kalau tulis note dlm kelas. agaknya sbb dah biasa guna keyboard kot..
said on January 29th, 2010 at 8:59 am
tu lah pasal, aku rasa pun macam tu lah….