Tak Habis-Habis Dengan Gula Habis
July 11th, 2010 | 4:50 am | Nasional | 568 views | 55 responses
Nampaknya isu gula ni tak akan habis, tak habis-habis dengan kisah gula habis, reda sekejap lepas tu timbul balik. Malam tadi jenuh Wok Long ni dok pusing kawasan estet cari gula. Wok Long ni bukannya pengguna gula yang tegar sangat pun, walaupun berasal dari negeri yang selalu dikaitkan dengan masakan dan makanan manis-manis. Biasanya satu keluarga Wok Long yang ada empat beranak hanya guna sekilo gula dalam tempoh 2 hingga 3 minggu, tu pun pasal Wok Long guna untuk buat air teh o malam-malam sambil mengadap blog.
Tapi malam tadi terasa hangin jugak Wok Long, lepas satu kedai ke satu kedai semua jawapan yang wak dol terima sama : ‘Gula habis, sudah habis, habis sudah dan yillek!.
Hairan sungguh, siapa pulak yang makan gula macam makan nasik ni? Berita dok cakap bekalan gula ada banyak dan semua orang dapat bekalan cukup. Tapi malam tadi 4 kedai dalam estet Wok Long ni sepakat dan mencapai persetujuan bersama mengatakan gula habis!
Kalau dok kira kos minyak kereta buruk Wok Long ni yang berpusing ke sana ke sini nak cari gula tu pun rasanya dah boleh beli 4 kilo gula.
Teringat pulak insiden beberapa bulan yang lepas di salah sebuah kedai dalam estet ni, seorang pelanggan yang mungkin agak tidak puas hati dengan jawapan gula habis dengan penuh emosinya melaungkan “Huh, nak beli gula macam nak beli ganja, beli ganja lebih senang dari beli gula”…yang menyebabkan pekedai tu tersenyum kelat dan menikus tak berani cakap apa-apa.
Wah, sikit punya emo brader tu, tapi tak tahulah sama ada dia pernah beli ganja atau tidak, atau cuma luahan perasaan geram dia terhadap situasi yang berlaku. Kebetulan Wok Long ada kat dalam kedai tu tapi bukan mencari gula, sebaliknya beli gula-gula untuk bebudak.
Ni nak dekat musim perayaan ni kemungkinan besar timbul lagi kes-kes gula habis ni, tak tahulah kat mana silapnya. Pengeluar, pembekal, pengedar, pekedai dan pengguna serta pihak berkuasa gula semuanya terlibat dalam menjalankan tanggungjawab dan peranan masing-masing bagi memastikan bekalan gula sentiasa steady di pasaran.
Atau mungkin guna idea tolol Wok Long supaya gula boleh dibeli cara ‘online’ atau buat vending machine khas untuk gula! Nampaknya Wok Long layan teh o Cameronian kegemaran tanpa gula lah selagi jawapan gula habis ni tak selesai…kelat semacam je.














said on July 11th, 2010 at 5:13 am
diorg nak kurangkan kencing manis kot. haha
artikel terkini dari Affan: Saya Gersang-
said on July 11th, 2010 at 6:21 pm
mungkin jugak tu
said on July 11th, 2010 at 6:34 pm
kawan aku baru umur 33 dah kena kencing manis..biasalah kerja kitchen.
artikel terkini dari donnyien: Penang kangkung style esplande
said on July 11th, 2010 at 9:29 pm
aku setuju sebab member aku seorang tukang masak hotel sudah kehilangan kaki[paras lutut] di usia yang muda
…gara-gara kencing manis ni.
artikel terkini dari sangilapi: tekad
said on July 11th, 2010 at 10:12 pm
sedih siot, muda2 dah kn kencing manis..tu la kurangkan gula dalam minuman dan makanan
artikel terkini dari mijie: Jangan tinggalkan anak anda tidur dalam kereta bersendirian
said on July 12th, 2010 at 12:44 pm
so, ade bagusnye juge saranan kerajaan..ini masenya kurangkan gule dalam makanan..kan?
artikel terkini dari hafizmd: Juara Piala Dunia 2010 – Belanda vs Spain
said on July 12th, 2010 at 12:56 am
ni konspirasi nak naikkan harga r..macam taktik diorang ni..
artikel terkini dari yoy: Juara Piala Dunia- Milik Netherland
said on July 11th, 2010 at 10:17 am
gula oh gula… raya dah nak dekat nie…eh puasa dulu… hee
artikel terkini dari zik: Imam muda minggu ke 7
said on July 11th, 2010 at 6:21 pm
bulan puasa ni silap2 lagi kelam kabut hehehe
said on July 20th, 2010 at 1:07 am
harap2 tak jadi macam tu la..
said on July 11th, 2010 at 10:25 am
Alhamdulillah la setakat ni rumah aku xde problem kalau gula xde sekalipun, kami memang tak guna sangat gula ni. tak minum manis2.hehe. Bila ada tetamu je baru perlukan gula.hehe
artikel terkini dari Eyl: The Real Firefox – It’s Alive-
said on July 11th, 2010 at 6:22 pm
elok camtu, kesihatan perlu diberi keutamaan
said on July 11th, 2010 at 10:39 am
jom nyanyi kejap “gula oh gula kenapa engkau habis”
,”macammana aku tak habis”…
“orang kencing orang kencing manis” heheheh
rumah aku biasa jer gula ni bro dapat bertahan saty kilo untuk seminggu
artikel terkini dari ishak: Jom berkenalan dengan baim wong benci bilang cinta
said on July 11th, 2010 at 6:23 pm
hahaha..lepas ni ramai lagi kencing manis
said on July 20th, 2010 at 1:09 am
bahaya pulak macam tu bro..hehe
said on July 11th, 2010 at 11:37 am
seperti yang dijangka bila hampir musim perayaan memang beginilah resamnya
*ada betul jugak cakap brader yang emo tu*
artikel terkini dari sangilapi: tekad
said on July 11th, 2010 at 12:55 pm
ini mainan pemborong ni, kurang ajar betul
artikel terkini dari mijie: Jangan tinggalkan anak anda tidur dalam kereta bersendirian
said on July 11th, 2010 at 6:24 pm
Ganas dan panas jugak suasana dlm kedai masa tu huhuhu
itulah pasal, tak tahu siapa punya kerja ni..yang pasti menyusahkan pengguna aje
said on July 11th, 2010 at 9:25 pm
faham-faham sudahlah bro…ada ‘tangan-tangan ghaib’ yang ingin mengaut keuntungan.
artikel terkini dari sangilapi: tekad
said on July 11th, 2010 at 10:14 pm
tangan2 ghaib mau kena potong tangan baru dia tahu…skrg ni masalah melibatkan rakyat…jadi kita sebagai rakyat perlu mendapatkan keadilan dan kehidupan yg sempurna
artikel terkini dari mijie: Jangan tinggalkan anak anda tidur dalam kereta bersendirian
said on July 11th, 2010 at 10:19 pm
mijie,itu ‘tangan’ ada cable maa…itu pasal diaorang berani buat !
artikel terkini dari sangilapi: tekad
said on July 11th, 2010 at 9:26 pm
lantaran tiada tindakan tegas terhadap pelaku-pelaku yang terbabit,mijie
artikel terkini dari sangilapi: tekad
said on July 12th, 2010 at 12:47 pm
hohoho..begitulah jadinya bile nak untung saje..rakyat yg sengsara..tapi okey juge..beli sekampit..tahan sebulan..
artikel terkini dari hafizmd: Juara Piala Dunia 2010 – Belanda vs Spain
said on July 11th, 2010 at 11:51 am
aku tak tahu sama ada menteri tu tahu atau tidak tahu atau pura2 tidak tahu atau sengaja tidak mahu ambil tahu bahawa bekalan gula memang tidak cukup di pasaran!
…dah lama benar
artikel terkini dari tehr: Seni Bogel Dan Telanjang
said on July 11th, 2010 at 1:19 pm
diorang tak perlu fikir pun gula ada ke tidak kat rumah, tu yg diam je
artikel terkini dari mijie: Jangan tinggalkan anak anda tidur dalam kereta bersendirian
said on July 11th, 2010 at 6:25 pm
susah kalau ada pihak yg tak bertanggungjawab dalam kes bekalan gula ni
said on July 11th, 2010 at 9:36 pm
lepas ni mungkin bekalan lain pulak-mungkin minyak masak pulak macam sebelum-sebelum ni
artikel terkini dari sangilapi: tekad
said on July 11th, 2010 at 10:11 pm
bang joe, memang mcm tu, lepas gula, minyak masak, pastu ayam naik harga…pastu mcm2 lagi la, hahahaha
artikel terkini dari mijie: Jangan tinggalkan anak anda tidur dalam kereta bersendirian
said on July 11th, 2010 at 10:22 pm
ini macam blogger kena join persatuan pengguna dan aktif dalam persatuan tersebut,amacam ? setuju ? kena tuntut hak kita sebagai pengguna
artikel terkini dari sangilapi: tekad
said on July 11th, 2010 at 12:34 pm
hari tuh orang kementerian ada cakap pasal isu ini.. konon nyer ade sesetengah rakyat yang mengambil peluang ntk jual kt negara luar.. tu yg kt kedai cepat abis tuh.. untung lebih nyer pasal..
said on July 11th, 2010 at 6:26 pm
itupun satu hal jugak..
said on July 11th, 2010 at 12:46 pm
erm pelik lah kalau macam tu..
kejap timbul, kejap tenggelam,
tak kan nak naikkan lagi kut…
artikel terkini dari syahrilhafiz: Cantikkan Grub2 Menu dengan Burg
said on July 11th, 2010 at 6:26 pm
susah nak diramalkan…huhu
said on July 11th, 2010 at 12:48 pm
nasib baik sy hanya gunakan gula sekilo je dalam sebulan…walaupun sama negeri dgn etomyam
manis2 kurang skit
artikel terkini dari mijie: Jangan tinggalkan anak anda tidur dalam kereta bersendirian
said on July 11th, 2010 at 6:28 pm
sebenarnya sibuk cari gula pasal anak2 nak buat aiskrim, sekali kena buat aiskrim yang boleh guna susu ajelah
said on July 11th, 2010 at 9:33 pm
aiskerim malaysia ke bro…guna plastik kurus panjang tu ke ?:)
artikel terkini dari sangilapi: tekad
said on July 11th, 2010 at 10:07 pm
oic, sy lak jarang minum air manis..kat umah, air masak je, gula guna untuk masak dan air untuk tetamu dtg
artikel terkini dari mijie: Jangan tinggalkan anak anda tidur dalam kereta bersendirian
said on July 11th, 2010 at 9:38 pm
bagus tu mijie…amalam pemakanan cara sihat
artikel terkini dari sangilapi: tekad
said on July 11th, 2010 at 10:10 pm
haahah tapi time kerja kat kedai bedal minum ais gak, harap kat rumah je la jaga…hehehe
artikel terkini dari mijie: Jangan tinggalkan anak anda tidur dalam kereta bersendirian
said on July 12th, 2010 at 2:07 pm
strategi berhemah tu hahaha
said on July 11th, 2010 at 1:08 pm
Sala,insyallah bekalan gula di terengganu cukup untuk perayaan nanti
.
said on July 11th, 2010 at 6:28 pm
steady tu bro ayie, harap sentiasa mencukupi
said on July 12th, 2010 at 12:48 pm
kalau tak cukup kat ganu…pakat ramai2 pegi kelantan..hahaha
artikel terkini dari hafizmd: Juara Piala Dunia 2010 – Belanda vs Spain
said on July 11th, 2010 at 5:08 pm
alasan biasa peniaga / pemborong utk menaikkan harga gula..
artikel terkini dari Nadri: SPAIN Bakal Juara Piala Dunia 2010
said on July 11th, 2010 at 6:29 pm
itulah pasal, alasan yang mudah direka, tak kan customer nak pergi check kat dalam stor kot
said on July 12th, 2010 at 12:43 am
Itulah nak mengaut untung lebih banyak lagi.
artikel terkini dari shaharil: Travelog pulang ke UUM Sintok
said on July 11th, 2010 at 6:35 pm
semua ni taktik supaya dapat untung banyak..bijak2
artikel terkini dari donnyien: Penang kangkung style esplande
said on July 12th, 2010 at 9:12 am
Yang jadi mangsa pengguna sendiri. huhu..
artikel terkini dari ST: Meletakkan ikon “Trash Can” pada Ubuntu Desktop
said on July 12th, 2010 at 6:04 pm
sesekali tak bergula pun ok jugak bro
said on July 13th, 2010 at 12:54 am
ntah, bukan main susah nak dapat gula sekarang ni.. nak kata gula habis, taukey gula makin kaya..
artikel terkini dari kulanz: Gadis Melayu Bertatu Memang Cantik…
said on July 13th, 2010 at 12:30 pm
biasalah tu aktiviti sorok menyorok.. nak kasi naik harga… macam2 la derang ni… sib baik aku memang tak minat gula…
artikel terkini dari mancai: strategi kejayaan untuk kekayaan
said on July 13th, 2010 at 5:20 pm
yg pelik kata gula habis, tau2 kena serbu, nah bertimbun2 gula tak hengat T___T
artikel terkini dari nazra: Hilal – Maggi Cukup Rasa dan Knorr Pasti Sedap Pun Kalah-
said on July 20th, 2010 at 1:02 am
susahnya kalau hidup tiada gula ni..
said on August 13th, 2010 at 12:30 pm
adeh..cam nie kena berjimat klu nak guna gula heee