Tengok, Kan Dah Kena Cekup Dah Student IPTA Tu..VD Punya Pasal Lah Ni

February 15th, 2010 | 9:57 am | Melayu, Muslim, Nasional | 1,121 views | 49 responses

Walaupun dah beribu-ribu pesanan dan nasihat telah diberikan oleh pelbagai pihak terhadap larangan sambutan Valentine Day (VD), tapi bagi golongan yang masih belum mampu menerima pandangan dan nasihat, deme buat tak hirau je pun, dan sudah terbukti keseronokan untuk sambut VD dengan pasangan mereka tidak lama bila sudah terkantoi oleh pihak penguatkuasa.

Memang betul apa yang blog ini cuba sampaikan di dalam entry sebelum ini mengenai sambutan VD di SINI. Sudah jelas dan nyata benar belaka. Kosmo Online hari ni melaporkan bahawa:

“Sambutan Hari Kekasih semalam menjadi satu igauan ngeri buat pasangan pelajar institusi pengajian tinggi awam berusia 19 tahun apabila mereka ditangkap kerana berkhalwat.

Mereka ditahan di dalam sebuah bilik hotel murah di Jalan Changkat Thambi Dollah di sini ketika operasi besar-besaran dijalankan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

Menurut sumber Jawi, operasi dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) itu dibuat di beberapa buah taman rekreasi dan hotel murah di sekitar ibu negara. “Operasi kali ini membabitkan 50 anggota penguat kuasa dan ia dibuat bukan semata-semata kerana sambutan Hari Kekasih. Ia adalah operasi rutin pihak Jawi untuk membanteras maksiat,” katanya ketika ditemui.”

Sebelum ni blog ni ada maklumkan modus operandi pasangan-pasangan kekasih yang cuba nak raikan VD dengan aktiviti tidak bermoral hanya akan menguntungkan golongan industri dan bisnes je. Sekarang sudah kena cekup dan sudah tentu masa depan akan berubah semua sekali. Bukan budak tak belajarsekolah, deme semua baca punya orang, tu pasal dapat masuk IPTA tu.

Kesan pertama, dan mungkin selepas ni banyak lagi kesan-kesan lain yang akan muncul. Tapi rasanya tahun depan pun camni jugak tren nya.

Dan pastinya tidak ada ibubapa yang akan tersenyum bangga dan mengadakan kenduri kesyukuran di atas kejayaan anak muda mereka mencipta nama dan menambahkan rekod dalam Hal Ehwal Disiplin Pelajar di IPTA. Dan ibubapa terlibat juga sudah pasti berjalan dengan agak tunduk di kawasan perumahan mahupun kampung.

email
myhome
 
ambo

Personal site where I share ideas and opinions generally in society and humanity.Specifically focuses on human resources development, leadership, management, blogging tutorials and tips, home and global affairs, photography, gadgets, entertainment as well as paid reviews and advertorials in both English and Bahasa Melayu. » contact here » Semak Ranking Blog Anda Disini

 
 

Responses so far...(49)

  1. 1

    hmmm ape nak jadik la diorg…

    • 2

      tak jadik dah…kena cekup huhuhu

  2. 3

    kalau mak saya baca berita ni, ayat dia :
    “lantak hang la. orang dah cakap benda tak elok jangan diikut, hang nak buat jugak, hambek. saja nak bagi malu muka mak pak”

    ** kesian mak bapak dia, tanggung malu satu pasal, tanggung dosa dia lagi..dunia melayu sekarang..
    fina fento had an interesting article on ..Pernah dengar tak mak mertua jadi menantu dan menantu jadi mak mertua?

    • 4

      rasanya bila dah kena cekup tu baru nak ingat mak bapak…

  3. 5

    apa daa kapel2 ni…. bukan x leh agak pegawai agama sume akan buat pemantauan bila VD ni.. kan dh kena cekup! hahahaha

    • 6

      deme ingat penguakuasa cuti la kot, kan raya cina cuti panjang tahun ni hehehe

  4. 8

    tudiak..pndai bt pndai la tanggung..berbuih org nasihat bt dek jek..last2 dr sndri ssh..nasib bdan..

    • 9

      tak boleh nak gostan lagi dah…

  5. 10

    he..23x xdpt nk nolong huhuuh…..

    pe2 pun tokey hotel murah tersebut rugi x?? meant
    - dorg bayr dulu baru masuk or nk kuar baru bayar
    - dorg dah pakat sama jawi
    framestone had an interesting article on ..Because I Love Girls.. So I Should Tell You’ll

    • 11

      betul tu bro….bijak pemerhatian bro…next year couple lain pulak….hahahah

  6. 12

    nak wat cam mane kan…

    tue sume bisnes strategy la… bisnes is bisnes.. kesedaran social kne ada gak…

    “ala takat rugi time VD n hari2 tertentu je… xrugi mana pun…. ” kata apek yang jaga rumah tumpangan ah chong

    he..23x
    framestone had an interesting article on ..Because I Love Girls.. So I Should Tell You’ll

    • 13

      hahaha..betul tu, rugi sket tak pe, nanti weekend lain pulun baek punya…

  7. 14

    kalau belajar sampai ke IPTA tak bermaksud dari segi agama pon tahap pemahaman mereka tinggi…yang penting hati tuh..nak buat baik ke jahat ke….terpulang pada kata hati masing-masing…
    Piston Pecah had an interesting article on ..Majlis Merisik dan Bertunang

    • 15

      ha ah, kekadang deme tu tau, saja buat2 tak tau, syiok punya pasal..

  8. 16

    memang remaja2 kita lemah terhadap pujuk rayu pasangan. mana mereka letak pemikiran yang waras dan rasional. malas nak komen panjang2, bukan budak kecik, dah besar panjang pun masih sengal.
    izzat had an interesting article on ..Hari Tanpa Beg Plastik; Sejauh Mana Keberkesanannya?

    • 17

      betul tu, semua dah boleh pikir bauk dan buruk, saja je pilih jalan silap

  9. 18

    wat ape ikut budaye barat….bodo
    valentine day xde dlm kalendar islam….
    wat per nk smbut….
    kt barat time VD rmai yg ‘mengawan’…..wat pe ko nk mengawn gak
    nk mengawan kawen la
    Hafiz had an interesting article on ..Meningkatkan pengunjung blog dengan menggunakan Meta Tag

    • 19

      hahaha..betul tu, nak sangat mengawan kawin je lah….

  10. 20

    maksiat skrg tak dpt dikawal dah.. remaja skrg buat maksiat tanpa fikirkan kesan nyer terhadap diri sendiri dan keluarga… pemikiran dayus,..
    lazaac had an interesting article on ..Notepad ~ Tema WP dari n.Design Studio

    • 21

      bila dah terhantuk baru mula nak pikir…biasanya sudah terlambat…

  11. 22

    apa nak jadi le bebudak zaman la ni ..
    ikut nafsu sesangat .. org lain tahu juga nak bercinta tapi tak semestinya kena serah body .. patut tanya sekali, ni first time buat ka atau dah banyak kali buat?
    hydir had an interesting article on ..[IT] Meletakkan “Google Buzz This” pada blog WordPress dan Blogspot

    • 23

      hahaha bro hydir ayat x boleh belah,kalau tanya kan malu pulak mcm dah biasa heheh :D

      • 24

        @bro hydir….ha idea yg baik tu, tanya dulu….still virgin ke dah barai ni? hehehe
        @….bro ayie….hahaha

        • 25

          bro tom adess ayat barai x boleh tahan.. hahah :) )

  12. 26

    padan muka…kemaksiatan membawa kemudaratan…
    Pejuang Kesenian Extreme had an interesting article on ..6 Permainan Moden yang Popular ketika dahulu

    • 27

      sudah terima padahnya…

  13. 28

    salam,jom kita muhasabah diri sendiri adakah kita jugak dalam golongan mereka.. emmm :D

    • 29

      w’salm bro ayie…mudah-mudahan diperjauhkan, kita tak tau masa depan kita kan…hehe

  14. 30

    wah, gile feymes masuk paper…

    haha.. =P
    Pisyek had an interesting article on ..Ebook Panduan Asas Joomla!

    • 31

      kalau bukan fan page FB mau ramai peminat kot..hehehe

  15. 32

    malu gila ah … mana nk taruk muka klo mcm tu…-__-!

    • 33

      tu yg tutup muka ngan tapak tangan tu..tapi part lain bukak huhuhu

      • 34

        muhahaha muka ditutup maruah tergadai x gitu bro?? :D

  16. 35

    Tak mahu komen pasal content blog or artikel di newspaper (sebab ramai yang dah bagi opinion), tapi satu yang menarik untuk kita fikirkan bersama… DAH TAKDE GAMBAR LAIN KE NAK LETAK KAT PAPER TU?

    Sudah ler kena cekup, gambar separa bogel pulak terpampang di akhbar. Maaf kalau ada yang terasa, tapi saya berpendapat, tidak sepatutnya gambar sebegini dipaparkan ke khalayak ramai. Gambar mayat separuh bogel pun tak disiarkan kerana menghormati si mati dan keluarga, jadi kita sepatutnya hilang rasa hormat dan simpati pada tuan empunya diri di dalam gambar & keluarganya juga ka?

    Kalau itu lah yang ingin dicapai, maka masyarakat Malaysia memang sah suka menjatuhkan hukuman pada semua yang bergelar ‘penjenayah’ (termasuklah jenayah kepada diri sendiri).

    If I were the person in the picture, I’ll take legal action to the newspaper. Kalau pun nak beri pengajaran, jangan lah sampai mengaibkan.

    Plus = walaupun telah dicekup, masih belum jatuh hukuman undang2 salah kepada tuan empunya diri.
    Makiko S had an interesting article on ..You want to form a football team, meh?

    • 36

      wa makiko,dont tacing2 about this gambar..hahaha bagi ayie tayang je body dia dalam paper or mana2,kalau tahu malu kenapa buat?? nie malu dengan manusia nung dengan allah xtahu malu dia sentiasa maha melihat.. so dalam gambar 2 dia x malu kot..

    • 37

      menarik, satu pandangan yang baik dengan perspektif yang lebih luas…dana persepktif Islam juga Allah maha mengetahui sejujur mana manusia itu mengamalkan perintah dan larangan Nya..

  17. 38

    ish2,… apa nak jadi ….malu2 sebagai umat islam
    zik had an interesting article on ..Budaya menabung.

    • 39

      pastinya bukan malu-malu kucing kan….hahaha

  18. 40

    VD… hari kekasih upernya…. ingatkan aper tadi… short form la pulak…

    • 41

      panjang nak taip bang….letih jari aku..huhuhu

  19. 42

    sudah kena baru menyesal..
    itupun kalau menyesal la..
    unwanted had an interesting article on ..Opera 10.50 Beta : The fastest browser on earth

    • 43

      elok kena tangkap masa ni…nanti besok kena tangkap kes buang bayi pulak…

  20. 44

    Adus..
    kalu dah tak tahan kawin jerlah..skrg kan dah susah..malukan mak bapa..kasihan merka..huhu
    Suri had an interesting article on ..Gay…oh Gay

    • 45

      masa nak buat tak terlintas benda tu, bila dah terkantoi baru teringat kot…

  21. 46

    PELIK BIN HAIRAN…mengaku Muslim…marah bila Islam diperkotak…melenting bila Islam dipijak…TAPI…perlakuan,amalan n budaya…indah khabar dari rupa…JADI…adakah mereka ini dalam golongan MUNAFIK……………………?

    diri sendiri kena benteras kegiatan iblis n syaitan yg semakin berleluasa dalam diri masing2…

    • 47

      susah bila seseorang membiarkan diri dikuasai oleh nafsu yang menyesatkan….kalau terlepas bab khalwat pun mungkin akan datang buat pulak dosa lain buang bayi pulak…

  22. 48

    nak buat tu, fikirkan family dulu…jangan kerana nafsu, habis la masa depan…

    pikir family, betul ke aku buat ni?family aku didik mcm ni ke??tanya diri kita..
    artikel terkini dari Meow: Asmaradana Di Samarinda TV3

    • 49

      seeloknya macam gitu lah bro kan

Leave a Reply