Trick Mudah Bagi Mereka Yang Malu Bertentang Mata

February 16th, 2010 | 11:12 am | Admin, Akademik, Melayu | 996 views | 45 responses

Dalam interaksi secara personal, mungkin ada dikalangan individu yang agak kurang selesa untuk bertentang mata dengan individu yang sedang mereka berinteraksi, mungkin disebabkan faktor malu, segan dan mungkin juga takut tergoda dengan sinaran mata. Dalam bidang komunikasi bertentangan mata merupakan elemen penting untuk memberikan kesan maksima terhadap mesej yang hendak di sampaikan dalam tutur kata. Sebab tu lah ada pepatah yang mengatakan ‘The eyes are the mirros of the soul” manakala orang Melayu pula selalu berkata ‘Dari Mata Turun Ke hati’.

Tidak semua orang mampu bertentang mata bila berinteraksi, ada yang suka alihkan pandangan dengan melihat benda lain dan berpura-pura sibuk dengan perkara lain bagi mengelak untuk bertentang mata.

Jadinya saya nak kongsikan trick mudah untuk bagaimana membuatkan seseorang tu merasa kita sedang merenung atau melihat mata mereka ketika bercakap sedangkan sebenarnya kita tidak perlu melihat mata mereka pun.

Trick ni saya perolehi minggu lepas semasa menghadiri kelas Training programme Design and Management kendalian Dr. Ismi Arif Ismail, Ketua Jabatan Pemajuan Profesional dan Pendidikan Lanjutan (JPPPL), UPM. Dr. Ismi pula mendapat trick ini daripada gurunya Dato’ Dr. Haji Fadzilah Kamsah.

Trick ni boleh digunakan oleh sesiapa sahaja dan mana-mana situasi sekalipun, semasa bercakap dengan sesiapa sahaja, masa temuduga, masa buat presentation, masa buat ceramah dan sebagainya…kecuali masa baca blog atau chat, nak eye contact apenye, mouse contact adalah.

Caranya amat mudah, apa yang perlu kita lakukan adalah hanya melihat terus kepada telinga individu yang sedang kita berinteraksi, logiknya paras mata dan telinga kebanyakan manusia normal adalah sama, menyebabkan orang yang kita sedang bercakap merasakan kita sedang merenung mata mereka.

Dan ada soalan tanya kalau perempuan tu pakai tudung, macamana? boleh guna kaedah yang sama juga, cuma kita kena bayangkan kita sedang melihat telinga mereka di sebalik tudung mereka. Mudah bukan, boleh cuba dan rasai keberkesanannya.

email
myhome
 
ambo

Personal site where I share ideas and opinions generally in society and humanity.Specifically focuses on human resources development, leadership, management, blogging tutorials and tips, home and global affairs, photography, gadgets, entertainment as well as paid reviews and advertorials in both English and Bahasa Melayu. » contact here » Semak Ranking Blog Anda Disini

 
 

Responses so far...(45)

  1. 1

    salam bro tom,kalau tips nak mengoda dalam bijik mata mcm mana?? hahah :D

    • 2

      w’salm bro ayie….haa tu spesel teknik tu, Saleh Yaacob terrer bab tu, tu yg ramai tak nak bertentang mata tu..takut tergoda hahaha

      • 3

        lepas nie bro tom,temuduga salih Yaacob pulak ok :D heheh :)

        • 4

          betul gak tu, nanti dapat tips baek punya..haha

  2. 5

    hoho, tp klu nak merenung 100 pasang mata dalam satu masa cam mana plak? i mean waktu beri ceramah atau ucapan.
    mohdisa had an interesting article on ..Kesalahan HTML Yang Sering Dilakukan Oleh Blogger

    • 6

      boleh bro, scan sekali imbas jer telinga deme semua, dari dok tengok kertas atau pandang syiling tu hahaha

  3. 7

    Hohohoho.. Kena ngan aku tajuk ni..
    tapi nak kena cari subject utk eksperimen yang susah tu… huhuhuhu
    zool had an interesting article on ..Bowling, karaoke dan ikan bakar Malim

    • 8

      elok tu bro..cari dulu sesape yg dekat2 tu…hehehe

  4. 9

    Stephen chow pun ada ajar taktik mcm ni…nasib baik xde prob ni…susah la nak ayat gadis kalau xpandang mata dia…hehe…

    • 10

      oh ye ke…ada 2 kemungkinan, sama ada si Chow tu belajar dengan Dato’ Fadzilah atau Dato’ belajar dengan Chow…masa nak ayat kena tengok mata bro..baru cair hehehe

      • 11

        sangat setuju dgn last statement tu…it works all the time…jgn lupa basahkan sedikit mata anda dgn airmata…apapun nak guna teknik ni mesti jujur dan ikhlas br 100% sukses….hehe…
        CapoGrande had an interesting article on ..: sekitar pertunangan aku

        • 12

          betul tu…apa-apa pun kena ikhlas…baru mau jadik

  5. 13

    bagus trick ni..aku mmg suke cakap sambil tgk mata tapi bila tertentang mata, aku plak yg menggelabah
    hohoho
    huda had an interesting article on ..nak tengok cerita ini ????? (Saigo no Yakusoku)

    • 14

      hehehe…buka ko saje, aku pun sama jugak hahahah, tak selesa kans

  6. 15

    he…23x teman kalau cakap dgn org mmg suka pandang terus ke mata.. lagi2 la klu budak perempuan…

    sure cair.. ops..!! teman xpernah guna untuk benda yang salah
    framestone had an interesting article on ..Because I Love Girls.. So I Should Tell You’ll

    • 16

      teman pun kekadang suke jugak guna teknik ni, lebih-lebih bila nak minta sesuatu hajat atau pertolongan..hehehe….ops, memang aku tahu bro memang tidak pernah tersalah langkah..

  7. 17

    boleh gunakan trick ni neh..hehehe…. maklumlah teman ni seorang yg pemalu..hahahaa
    DaHLia had an interesting article on ..My EVOLLE @ MIOR Facial Bar.. <contest @ tawaran menarik menanti anda di hujung post>

    • 18

      memang di galakkan sangat2…memang berkesan, boleh guna sampai bila2 ni…

  8. 19

    hehehe..
    nice posting..
    remaja rockers had an interesting article on ..whitelion

    • 20

      biasaa-biasa je, utk kongsi2..hehehe

  9. 21

    eceh,mekaseh encit tomyam.
    bole la tgk telinge je nnt.hihi.
    amad had an interesting article on ..Yesterday’s Bubba Gump and Wolfman.

    • 22

      telingan jer tau, jangan nanti renung sampai belakang atau dalam telinga hehehe

  10. 23

    saya mmg suka tgok mata org kalau bercakap…sambil bercakap sambil testing power mata ni..nak tgok siapa kalah dulu..muahahaha
    ReD had an interesting article on ..~ DAN SEBENARNYA… BERJOGET-JOGET KERIANGANLAH SYAITOOON… ~

    • 24

      lepas ni kalau ada orang tau trick ni memang lama betul perlawanan mata tu hahaha

  11. 25

    aku mmg pantang kalau org renung mata aku lama2..huhuu
    x-po had an interesting article on ..AKU HAPPY, AKU BANGGA, AKU SYUKUR SAMPAI RASA TAK LAPAR-LAPAR

    • 26

      oo ye ke..mesti ada sebab sebelum ni kot..hehehe

  12. 27

    tips sangat berguna.. huhu
    edda414 had an interesting article on ..valentine…. cium2 dikhalayak ramai!!!

    • 28

      sesuai utk semua…

  13. 29

    dulu pernah baca suruh tengok antara kedua mata tu..:)

    tp aku tengok je terus dalam mata.he3
    kadang tu aku suka bertentang mata dengan orang.
    lagi2 kalau aku cakap dengan pensyarah atau orang yang kedudukannya lebih tinggi dari aku..:)
    unwanted had an interesting article on ..Opera 10.50 Beta : The fastest browser on earth

    • 30

      elok jugak tu…mesti lecturer ko gelabah kan bila kena renung tepat..heheh kelas ko

  14. 31

    jgn cakap cam tue jaz..

    teman tetap gak manusia biasa… sekali terpandang..dari mata jatuh ke hati….

    silap hari bulan pingan mangkuk ufo sume terbang kat teman
    framestone had an interesting article on ..Because I Love Girls.. So I Should Tell You’ll

    • 32

      hahaha…bro memang kelaz

  15. 33

    Usually, teachers are willing to testify the persuasive term paper writing technique of some their students, however not all students are able to write professionally just because of lack of knowledge and other issues. Hence, a essay writing service can aid to create the essay papers professionally.

    • 34

      gapo dio pulok nih?….saja jer aku tak nak buang…hahaha

  16. 35

    eye contact tu penting, boleh tnjukkan sama ada kita jujur atau tak
    ape yg saya prnh belajar tenung in-between eyes, kira atas batang idung tu la, lbey kurang la.

    • 36

      betul tu…deme cakap mata tidak mampu untuk menipu..

  17. 37

    nice entry.. :)

    kalau pandang telinga…nanti org tak anggap kita juling ker? hehe

    • 38

      hahaha…mungkin jugak kalau lama-lama tengok

  18. 39

    mata..
    bahaya ni sebab ada orang sekali pandang boleh terus jatuh cinta..hurm..cinta pandagan pertama..

    Suri setuju dengan pandagan yusrie tu kita akan tahu seseorang itu akan jujur dengan kita atau tidak melalui renunganya..segalanya mungkin tersirat disitu..

    apapun cuba cakaplah pada sidia..
    eh,kat atas mata awak tu ada apa ek? sure mina tu sendiri akan minta anda tengok2kan matanya punya.hik..
    Suri had an interesting article on ..Gay…oh Gay

    • 40

      betul tu, sinaran mata yang cerah, pudar dan macam-macam lagi akan menceritakan keadaan sebenar dalam hati individu…pandai trick last sentence tu hahaha

  19. 41

    Bro tomyam satu… ,
    Kalu tengok telinga tu kira bertentang mata ke? Sori, kalau ni dikira soalan bodoh… he he..
    Papa-Roq had an interesting article on ..Old Town White Coffee | Halal Atau Tidak?

    • 42

      heheh..seolah2 bertentang mata bro muahaha

      • 43

        wah,,1tomyam dah tangkap cintan nampak??huhu
        Suri had an interesting article on ..Gay…oh Gay

        • 44

          hahaha…macam2

  20. 45

    Ah pandang dahi pun ok atau pandang idung…takut yg memandang juling kang terjuling..alamat terlebih sudah!

Leave a Reply