Tutorial: WP Social Blogroll Plugin, Page Khas Untuk RSS Feed
March 8th, 2010 | 12:11 am | Admin, Blogging | 1,378 views | 70 responses
Sebenarnya dalam wordpress banyak kaedah dan ‘trick’ yang boleh digunakan untuk mendapatkan RSS feed daripada mana-mana laman web ataupun Blog yang disukai. wordpress juga secara ‘default’ juga telah menyediakan sistem link tersendiri yang biasanya merujuk kepada blogrolls. Memandangkan ada di kalangan rakan ‘wordpress’ bloggers yang berminat iaitu untuk mengetahui dengan lebih lanjut bagaimana blog ini mewujudkan satu page khas untuk link exchange yang bukan sahaja menyenaraikan semua links malahan siap dengan artikel atau post terkini dari link berkenaan seperti contoh di SINI.
Saya suka untuk kongsikan cara mudah untuk dengan menggunakan WP Social Blogroll Plugin. Secara ringkasnya WP Social Blogroll Plugin ni menyediakan kemudahan membaca RSS daripada kesemua link yang ada dalam blog terlibat, konsep yang sama dengan feed reader Blogspot. Berdasarkan rekod, plugin ni sudah di download sebanyak 14,563 kali dan kali terakhir di kemaskini adalah pada 2 Disember 2009.
Kenapa nak gunakan plugin ni? bagi saya ianya berfungsi sebagai feed reader yang membolehkan saya tahu entry terkini dari rakan-rakan blogger tidak kira sama ada dari blogspot mahupun wordpress dan terus melawat entry terkini di blog tersebut.
Untuk memudahkan semua orang, cara yang saya buat untuk aktifkan plugin ini mengikut selera saya adalah:
- Proses pertama, macam biasalah, download dan uploadkan plugin tu terus ke wp-content/plugins. sekarang ni semuanya boleh buat direct melalui dashboard je, tak payah guna FTP lagi. Download LINK;
- Bila dah siap upload, ‘activate’kan plugin dan terus ke bahagian settingnya. Langkah seterusnya adalah kita perlu dapatkan satu Google API Key percuma, mudah je, janji kita dah ada akaun google, akaun gmail jer pun tak pe;
- Bila dah dapat API key tu, masukkan ke dalam slot yang sudah disediakan dan boleh setkan setting RSS feed tu mengikut selera masing-masing;
- Sebelum plugin ni berfungsi sepenuhnya kena masuk ke domain anda menggunaka FTP client untuk setkan wp-content kepada chmod 777 (yang pada kebiasaanya berstatus 666 atau 755) untuk sementara waktu, gunanya supaya plugin tu boleh buatkan satu file khas ‘feedreading_blogroll.js’
untuk rekodkan semua feed tu; - Bila sudah ada file feedreading_blogroll.js dalam direktori wp-content tu, kira dah selesai, seeloknya tukarkan balik status 777 dalam wp-content tu kepada asalnya, tetapi pastikan file feedreading_blogroll.js kekal berstatus 777. (kalau rasa masih tak jelas jugak boleh refer ke SINI).
Secara peribadi saya suka gunakan add-on Firefox FTP client yang khas untuk firefox, mudah dan senang, semua urusan buat dalam browser je.
Untuk tujuan meletakkan RSS Feed tu, ada dua pilihan sama ada hendak gunakan widget standard yang disediakan ataupun buatkan satu page khas untuk tujuan RSS feed semata-mata sebagaimana yang saya gunakan. Saya suka gunakan page khas kerana senarai link yang panjang dan akan menganggu template saya, dan saya kurang gemar untuk scroll lama-lama ke bawah…heheh.
Oleh kerana saudara Mus berminat untuk ketahui bagaimana nak buat page khas macam di SINI, saya gunaka kaedah gini:
1) Buatkan satu custom page khas untuk page tersebut, dengan gunakan windows notepad pun dah memadai. kemudian savekan dengan format php.Contoh custom page saya seperti di bawah, saya namakan dia links.php;

Kalau tak berapa jelas lagi cara nak buat custom page boleh rujuk di SINI. Dan boleh juga ambil contoh custom page di SINI.
2) Bergantung kepada template yang kita pakai, tetapi kebiasaannya perlu ada code get_header dan get_footer. Dan untuk masukkan code Wp Social Plugin Blogroll tadi ke dalam custom page tadi, kita kena gunakan code ini:
< ?php feedreading_blogroll(); ?>
3) Bila sudah siap susunan page dan dalam custom page tadi, upload terus file php tadi melalui FTP ke dalam wp-content/themes/theme yang sedang anda guna;
4) Kemudian pergi ke dashboard WP anda, create new page, masukkan tajuk page sahaja, tidak payah tulis apa-apa dalam ruang entry, scroll ke bawah di mana ada option template page sama ada nak guna default page atau custom page, masa tu nama file .php yang anda baru upload tadi sepatutnya sudah ada di ruangan option tersebut. Pilih nama custom page yang baru tadi dan ‘save’kan; dan
Ada satu lagi kaedah untuk sedut RSS feed dari mana-mana web atau blog yang kita suka direct ke dalam blog melalui fungsi dalam WP tu sendiri, dengan gunakan code di bawah ini tanpa perlu plugin:
< ?php include_once(ABSPATH.WPINC.'/rss.php'); wp_rss('http://alamat feed laman web/blog', 5); ?>
tapi yang ni akan saya jelaskan di lain ketika.
Oh ya sepatutnya RSS tadi sudah ok dan menjadi serta boleh check page baru tersebut, kalau tak jadi maknanya ada something yang missing…Soklan? boleh saya cuba jawapkan.



















said on March 8th, 2010 at 12:42 am
haha..
mmg ini yang aku dambakan..
said on March 8th, 2010 at 1:43 am
bila guna template tu.. sidebar widget tak kluar.. mcm mana nak tambah sidebar widget sama di page tu?
artikel terkini dari Mus: Tutorial Untuk Kanak-Kanak – Mari Belajar Mewarna Bersama Amyra
said on March 8th, 2010 at 2:12 am
cuba tambah
< ?php get_sidebar(); ?>dalam template tu selepas comment sebelum footer…aku punya template ni tak der code untuk sidebar cam gitu, tapi mostly template ada benda tu..kalau tak der kena study balik bro punya index.php atau single.php atau page.php, tengok camner theme yg bro guna tu ‘get’ dia punya sidebarsaid on March 8th, 2010 at 7:16 pm
bro guna theme mystique kan? theme tu ada function
< ?php get_sidebar(); ?>, boleh cuba utk cope page.php yang sedia ada, the cuba masukkan< ?php feedreading_blogroll(); ?>di antara ruang sebelummystique_page();….said on March 8th, 2010 at 12:51 am
oo..
bagus..nanti nak wat jugak..
btw thanks sebab rajin usha blog saye:)
artikel terkini dari yoy: Perbedaan Ketara Melayu, India dan Cina.
said on March 8th, 2010 at 7:09 pm
sama2…kita semua kan kawan2
said on March 8th, 2010 at 12:58 am
aku kena amik masa dulu ni..nanti aku try usya..bzi2..huhu
artikel terkini dari aizuddin: Dapatkan 10 Tiket Percuma Final Raja Lawak Musim 4
said on March 8th, 2010 at 7:11 pm
rilek2 bro..tak der apanak dikejarkan…
said on March 8th, 2010 at 1:17 am
wah bagus nie bro..nasib baik ada akaun google… senang sikit …
artikel terkini dari zik: Sindikit gores dan menang, perlu kita banteras!!
said on March 8th, 2010 at 7:11 pm
boleh cuba dulu kalo berkenan
said on March 8th, 2010 at 1:19 am
terima kasih atas keterangan ini, dah lama mencari-cari benda alah ni! Sangat membantu utk menyemak status blog rakan2!
artikel terkini dari wanwma: Nafsu Seks Lelaki Dan Wanita Sekarang
said on March 8th, 2010 at 7:31 pm
bagi saya senang khoje, klik je page ni semua keluar update kawan2 semua
said on March 8th, 2010 at 7:10 am
info yang menarik.. kena cuba ni.. terima kasih..
artikel terkini dari qimie: Kisah Paling Seram – GengBlogger.com
said on March 8th, 2010 at 7:31 pm
molek juga try..barang free
said on March 8th, 2010 at 7:35 am
saya ada satu blog under wordpress yang terbiar begitu sahaja kerana tak jumpa apa kaedah untuk masukkan widget. Mungkin dengan mencuba cara di atas untuk feed Rss ni akan membangkitkan semula semanggat blgo wordpress saya tu. Terima kasih berkongsi idea dan ilmu.
said on March 8th, 2010 at 7:32 pm
elok jugak kalau hidupkan semula skill lama tu..
said on March 8th, 2010 at 9:21 am
TQ bro, akhirnya muncul juga tutorial ini
Masalahnya, saya nak aplikasikan plugin ini pada page bukan pada blogroll dan link
said on March 8th, 2010 at 7:34 pm
sama-sama, rasanya tutorial saya memang ceritakan utk digunakan plugin ni pada page….:D
said on March 8th, 2010 at 9:29 am
bagus plusin ni, mudah la nak tau kalau ada update2 baru dari rakan blogger…
bro dah deactivate ke plugin ni, tak kluar pun rss feed kat page tu..
said on March 8th, 2010 at 7:36 pm
plugin ni sentiasa active bro, saya setkan masa maksima 30 saat utk dia loadkan semua feed, tapi tengok juga status internet
said on March 8th, 2010 at 11:00 am
menarik .. nanti nak try upgrade rakan blog page
artikel terkini dari hydir: Sahabat adalah upgrade kepada kawan
said on March 8th, 2010 at 7:42 pm
boleh cuba bro kalau ada masa
said on March 8th, 2010 at 11:02 am
agak kompleks juga caranya… huhu
said on March 8th, 2010 at 7:42 pm
insya Allah, orang lain boleh, kita pun mesti boleh gak…
said on March 8th, 2010 at 3:47 pm
salam satu tutorial yang bagus..
macam blog suri pun kena rombak juga sebab langsung tiada rss tu dan yang sewaktu demhannya. nak update theme la pulak..huhuuhu pening..peningg
said on March 8th, 2010 at 7:43 pm
tak pe suri..pelan2, tak der apa yg nak dikejarkan…hehe
said on March 9th, 2010 at 1:38 pm
thanks one..tapi kekadang menyusahkan org je sb blog tak der rss tu..
diakui mmg agak sukar nak rombak blog sndri sb kita perlukan satu masa yang benar2 tenang..tenang barulah blh buat kje dgn sebaiknya..
2 blog mau handle mana tak huru biru huhu..jap terjun sana jap baru le terjun blog snediri..bals komen pun tunggu malam..pge..
artikel terkini dari Suri: Si Yo-yo Yang Comel (Part II)
said on March 11th, 2010 at 12:00 am
hehe..dua blog kira kena komitment tinggi tu…
said on March 8th, 2010 at 4:28 pm
Woho… mekasih
nanti kalau ada masa aku nak buat..
trimas…
artikel terkini dari zoul: Waktu Aku Kecik
said on March 8th, 2010 at 7:43 pm
molek jugak tu bro….sama2
said on March 8th, 2010 at 5:27 pm
nanati nak try buat la.thanks bos
artikel terkini dari Meow: Asmaradana Di Samarinda TV3
said on March 8th, 2010 at 7:37 pm
bereh..tak der hal
said on March 9th, 2010 at 12:12 am
Wah, fenin, fenin. Saya sudah masuk wp-content pakai ftp tu, tapi tak jumpala chmod tu. Sebelum ni dah lama install, jadi saya ada jumpala dalam wp-content file feedreading_blogroll.js. tapi kat mana nak baca 777 tu?
said on March 9th, 2010 at 12:30 am
right click file feedreading_blogroll.js tu tengok attribute atau status dia 666, atau 755 atau 777, kalau dah 777 kira dah ok tu…
said on March 10th, 2010 at 11:23 pm
huhu ni mmg pakar ni..
artikel terkini dari suri: Si Yo-yo Yang Comel (Part II)
said on March 9th, 2010 at 12:53 pm
Teman xberani nk try la jaz.. takut jadi cam hari tue… selamat 20minit je blog teman xleh masuk
coz file index terefek so bile masuk blog ku.. die direct ke tempat len huhu…
selamat dapat copy backup index
artikel terkini dari framestone: Seorang & Seekor Maut, Lima Cedera
said on March 11th, 2010 at 12:01 am
tu ada kaitan ngan hosting package ke bro?
said on March 9th, 2010 at 5:44 pm
Kena add juga plugin ni. Cukup menarik!
artikel terkini dari Anjung Web: Apa itu Fedora ?
said on March 11th, 2010 at 12:01 am
boleh cuba dulu…
said on March 10th, 2010 at 11:22 pm
akanku pelajarinya suatu hari nanti..satu demi satu langkah..
artikel terkini dari suri: Si Yo-yo Yang Comel (Part II)
said on March 11th, 2010 at 12:02 am
Insya Allah mudah je kalau faham konsep operasi dia hehe
said on March 14th, 2010 at 4:39 am
salam bro,
memang lama dah nak pakai plugin mcm ni.. tapi tak jumpa lagi.. kali ni baru dapat di sini.. thanks bro. Nak pasang lepas ni..
Ari tu pernah try guna plugin visitor blogroll, skrip dia guna php dan ajax. Habis server overloading gara2 plugin tu..hehe..
artikel terkini dari kulanz: SEPULUH
said on March 14th, 2010 at 11:37 am
w’salam bro,
takat ni tak der kes overload lagi, cuba lah dulu bro kalau ada kesan nya..
said on April 5th, 2010 at 8:49 pm
tgh buat benda ni,tp tak jadi2…huhuhu
artikel terkini dari Kujie: Pemenangnya Murid SMK Seksyen 7, Shah Alam
said on April 5th, 2010 at 8:51 pm
dah buat subfolder kujie2.com/link
ingat nak pasang plugin ni..tapi tak jadi2 dari semlm
artikel terkini dari Kujie: Pemenangnya Murid SMK Seksyen 7, Shah Alam
said on April 6th, 2010 at 12:09 am
kat mana yg Kak Jie sangkut tu? nanti saya bantu ..
said on April 12th, 2010 at 7:33 pm
ingat nak buat benda ni kat blog. tapi macam leceh je. takpelah. saya tengok link kat blog bro etomyam jela..
banyak link blogger2 best kat sini.. http://myjazmanie.com/bloggers-links/
artikel terkini dari Amir: Filem Gay Pertama Malaysia
said on April 16th, 2010 at 8:17 pm
molek tu…bookmark terus page tu hehehe
said on April 16th, 2010 at 7:32 pm
aku buat problm lah bro aku righ click tak jumpa chmod tue
artikel terkini dari ishak: Buat lawak dengan photoshop
said on April 16th, 2010 at 8:22 pm
masuk ikut ftp client, cari folder tu, lepas tu right click..tu yg maksud chmod tu
said on April 17th, 2010 at 1:19 am
oh..patutlah…kalau hosting aku dia cakap “change permission”
akhirnya siap jugak bro….thanks bro
pasal custom page tu..yang sample yang bro bagi,tak ngam ngan theme aku,so aku terpaksa copy paste code dari page themplate dan paste kan dekat custom page link tu
just tambahkan
pada kod pada contoh kat bawah
sorry kalau komen nie masuk spam
artikel terkini dari ishak: Buat lawak dengan photoshop
said on April 17th, 2010 at 1:25 am
steady…tahniah kerana udah berjaya…memang elok buat style copy paste tu…ikut standard theme sedia ada
said on April 17th, 2010 at 9:49 am
hoho,nampaknya ada something wrong lah setting plugin feed tu …update member pasda link kat custom page tu tak keluar
artikel terkini dari ishak: Buat lawak dengan photoshop
said on April 21st, 2010 at 8:56 pm
kat mana sangkut….nanti aku bantu
said on April 21st, 2010 at 8:36 pm
aku dah buat blogroll nie halfway & tak dapat cari lokasi WP Content utk tukar CHMOD..mohon bantuan bro..
artikel terkini dari Nadri: Dimanakah “Blogawan” Mendapat Sumber Maklumat Untuk Blog Mereka?
said on April 21st, 2010 at 9:00 pm
kalau masuk cpanel, pergi kat file manager, lepas tu tick di wp content, tengok kat dashboard atas tu ada change permission, tukar dari 644 ke 777 (make sure folder dan sub folder dan files masuk sekali)..itulah chmod…
kalau masuk ikut ftp, terus ke folder wp content, right click atas folder tu, change status (ikut ftp punya term), dari 644 ke 777 (make sure folder dan sub folder dan files masuk sekali),
bila dah siap setting dan berjaya keluar…baru tukar balik ke 644
kalau tak jadi jugak kita chat ikut FB…
said on April 22nd, 2010 at 9:08 am
aku cuba dulu berpanduankan latest info yg ko beri nie..klu tak berjaya juga, aku roger2 ko dkt FB..thanks bro..
artikel terkini dari Nadri: Dimanakah “Blogawan” Mendapat Sumber Maklumat Untuk Blog Mereka?
said on May 2nd, 2010 at 5:04 am
Alhamdulillah..
tq bro..punya la lama saya study benda ni..bnyk kali saya ulang2 baca post ni, trial & error..berjaya gak akhirnya dengan bantuan custom page yg bro sediakn tu..tq bro..
said on June 25th, 2010 at 1:25 am
hi jazman! thanks for sharing the tutorial. it’s really help me a lot! i’m linking ur page in my blog posting ya..
artikel terkini dari Kasuke: My First Digital Scrapbooking
said on July 1st, 2010 at 12:30 pm
aku bace dulu…nak buat juge..menarik ni..pe2pun..slow and steady..macam bro ckp..bukan ade ape nak dikejarnye..kan kan?thanks bro
artikel terkini dari hafizmd: Oh- Iranhabis diselongkarnya
said on July 4th, 2010 at 1:08 am
thanks tuan blog. plugin ni sgt best. tp ade problem sket la.kenape bila letak page tu,backgroud putih hilang?
boleh tlg tgk kalau ade mase? sy budak bru blajar wp :p
http://elfyf.com/blogosphere/link-exchange
kalau page lain ade backgoud putih mcm ni
http://elfyf.com/blogosphere
artikel terkini dari Eyl: elfyfcom is going to be rebirth
said on July 4th, 2010 at 1:36 am
ok…sebabnya dlm template yg dibagi tu tak masuk sidebar punya loop.
So gini bro buka salah satu fail page.php bro, copy kan loop sidebar tu (yang ada php get sidebar tu), lepas tu paste kan di page untuk link tu, betul2 di atas loop footer (yang ada php get footer)…
harap dah boleh settle
said on July 4th, 2010 at 1:50 am
ops dah check, since bro guna mystique theme, saya suggest you cuba download dan guna template ni:
http://myjazmanie.com/storage/linkspage.rar
said on July 4th, 2010 at 2:18 am
wah3. thanks! dah berjaya.mmg tuan blog ni terbaik la! nak add dlm link exchange.hehe
artikel terkini dari Eyl: elfyfcom is going to be rebirth
said on July 5th, 2010 at 9:13 pm
huhu.. rujuk sini plak untuk tutorial ni.. dapat gak buat tapi masih ade problem tang link.php.. sbb theme modified biase la.. lepas ubah suai akhirnya berjaya jugak..
ape pon banyak jugak rujuk tutorial kat sini.. banyak membantu.. hehe.. thanks for the tutorial.. banyak gak belajar disini..
artikel terkini dari Paksu-IT: Apple iPride aka iPad
said on July 10th, 2010 at 3:42 pm
kalau saya pakai tema twentyten bagaimana pula..
tolong tengok kenapa jadi begini…
http://syahrilhafiz.com/blog/blogger-link/
artikel terkini dari syahrilhafiz: Apa kata korang- Aku pilih ini