Warung Aziz Sata Kemaman

May 18th, 2010 | 6:30 am | Admin, Nasional | 693 views | 20 responses

Sambungan daripada artikel sebelum ni sekitar perjalanan balik kampung saya sekeluarga pada 12 Mei 2010 yang lepas. Sebaik sahaja check out dari Impiana Resort Cherating kami sekeluarga terus menuju ke Pantai Teluk Mak Nik atau lebih popular dengan Monica Bay di Kemaman, Terengganu yang jaraknya lebih kurang dalam 10 kilometer sahaja dari Impiana Resort.

Tujuan utama singgah di kawasan pantai teluk Mak Nik ni sebenarnya pasal nak rasa semula kelazatan sata di Warung Aziz Sata yang pernah saya rasa pada bulan Disember tahun lepas. Kali ni rasa macam tak puas dan tidak sempurna perjalanan balik kampoung saya sekiranya tidak singgah di warung tersebut.

Ni lah rupa sata ni kalau ada yang masih belum tengok atau rasanya. Secara ringkasnya benda ni bahan utama kandungannya adalah ikan yang di bakar dalam daun.

Model sata secara sukarela menunjukkan contoh sata yang sudah dibuka dan sedia untuk di makan. Memang disedari  warung ni  agak popular  dan sentiasa dipenuhi  pengunjung sama da penduduk tempatan mahupun orang luar yang sedang bertugas di kawasan sana.

Lain kedai lain rasa satanya, semua ikut selera dan style masing-masing. Bagi kami sekeluarga sata di warung aziz sata memang sedap dan perlu dinikmati sekiranya lalu di laluan kuantan-kemaman.

Abouts

ambo

Personal site where I share ideas and opinions generally in society and humanity.Specifically focuses on human resources development, leadership, management, blogging tutorials and tips, home and global affairs, photography, gadgets, entertainment as well as paid reviews and advertorials in both English and Bahasa Melayu. Currently etomyam also registered as guest writer at inimajalah.com

 
 

Responses so far...(20)

  1. 1

    ai like sata

  2. 2

    bestnya sata…tp tak boleh makan selalu…nanti jemu! hehe, di melaka tak pernah jumpa lg org jual sata…

    • 3

      betul2 kak..suri pun tak pernah jumpa lagi..hehehe

  3. 4

    org kata sata terbaik adalah kat negeri johor..tp aritu gi umbai melaka dapat gak merasa..sbb skrng ni ejen semua main post je utk marketing sata ni kat seluruh negeri..ok la not bad
    artikel terkini dari khairil: Adakah Magik Satu Penipuan

  4. 5

    sedapnya… bersantai sambil menjamu selera :)
    artikel terkini dari Syafrizal: Reader Plus – extension Chrome untuk Google Reader

  5. 6

    wife saya penggemar sata nih….dulu time kursus kat terengganu..bila time nak balik ke jb je mesti beli satar….balik sampai johor panaskan balik
    artikel terkini dari mijie: Update versi tension dengan broadband

  6. 7

    sedapnya sata…banyak tempat ada jual tp x sama dengan kt tganu…banyak ikan…tmpat lain i mkn byk kelapa…terliur pulak..kt Johor tu setahu saya otak2..
    artikel terkini dari ksuzy: Happy Birthday to RI

  7. 8

    salam..
    adeh perut suri lapar leee..mintak sikit..

  8. 9

    jauh tuh..tak merasa laa..
    artikel terkini dari Azizuan: Suratkhabar : Iklan Lebih Dari Berita

  9. 10

    dah lupa dah rasa sata ni macam mana…dah lama tak makan.
    artikel terkini dari sangilapi: impian aku

  10. 11

    tak pernah tau pun
    1st tyme tau ada makanan nama sata ni
    artikel terkini dari mokteh: Manusia Zaman Millennium Semakin Buas

  11. 12

    waduh kelaparan sih… singgah ganu nanti nak jejak laaa

  12. 13

    saya baru sekali dapat makan sata, beli kat muar ramadhan lepas. itu pun lepas tengok info tentang sata kat tv, masa saya ke kememan member yang dok sana tak cerita pun tentang sata ni.

    mungkin member tu rasa sata ni benda biasa, tapi bagi orang luar yang datang, ianya adalah satu keistimewaan. saya diajak makan lempeng nyiur adaler. kat johor tak pernah jumpa pulak orang jual lempeng nyiur.
    artikel terkini dari ardzham: Macam Macam Hal, Tunggu Tunggu Lagi….

    • 14

      area mersing ada jual,bang….kalau tak silap dekat tanjung leman.lempeng tu lawannya kuah asam pedas :)
      artikel terkini dari sangilapi: salam perkenalan

  13. 15

    dulu mak saya jual sata. best. btw nama teluk mak nik lagi femes dari monica bay di kalangan org2 kemaman. monica bay ni menteri besar yg guna start SUKMA Terengganu thn 2008.
    artikel terkini dari Amir: Shahir AF8 – Kebahagiaan Dalam Perpisahan

  14. 16

    ada no contact kedai ni x

  15. 17

    ada no tel kedai ni x

    • 18

      sorry..tak ada…tak ambil :D

  16. 19

    hr ni kempunan nk makan SATA…;(

Trackbacks and Pingbacks

  1. Tweets that mention Warung Aziz Sata Kemaman | Ideas.Think.Share -- Topsy.com

Leave a Reply

Kongsikan post terbaru anda di sini