Archive for the 'Admin' Category

Chelsea Juarai EPL Menang Besar

Akhirnya, penantian dan debaran selama beberapa minggu sebelum ini berakhir dengan jayanya malam ni. The blues di nobatkan secara rasmi sebagai juara Liga Perdana England dengan kejayaan manis menumpaskan Wigan Athletic di Stamford Bridge 8-0 manakala pencabar terdekat Manchester United hanya mampu menduduki tempat ke dua takhta liga EPL walaupun telah mengalahkan Stoke City 4-0 [...]

DIY: Bagaimana Memasang Lerberg

Aktiviti sebelah pagi hari minggu ini saya penuhi dengan menyelesaikan saki baki projek DIY yang masih belum siap. Kali ini berkaitan pemasangan Lerberg, secara umumnya memasang Lerberg bukanlah sesuatu yang merumitkan dan memerlukan kepakaran tinggi. Lerberg juga bukanlah sejenis aplikasi atau sistem perisian komputer malahan bukan juga anti virus baru mahupun torrent client yang baru. [...]

Tutorial : Bagaimana Mengubah Feedburner Email Subscription

Sebahagaian besar daripada pengguna internet mungkin sudah mengetahui fungsi Feedburner yang merupakan salah satu daripada perkhidmatan yang menyediakan penyampaian terus rss feed dari mana-mana website atau blog kepada pembaca. Feedburner juga sudahpun dibeli beberapa tahun lepas dan kini menjadi sebahagian daripada keluarga Google. Selain dari kaedah membaca RSS feed melalui feed reader masing-masing, pengguna juga [...]

Bagaimana Memasang Ekby Valter Dan Antonius

Hari ni saya ingin kongsikan sedikit pengalaman seorang amatur memasang Ekby Valter dan Antonius. Pernah dengar? kedua-dua benda tersebut bukan perisian aplikasi mahupun sistem operasi desktop serta bukan juga sama sekali anti virus, sebaliknya kelengkapan rak atau ruang simpanan untuk kediaman. Semalam saya dan isteri pergi ke IKEA untuk membeli beberapa keperluan kediaman dan tertarik [...]

Bagaimana Daftarkan Sekolah Anak

Salam pagi rabu, seperti biasa selesai menghantar anak-anak ke sekolah awal pagi tadi saya singgah di kedai berhampiran untuk sarapan pagi sambil makan nasi kerabu hari ni, agak ‘heavy’ sikit sarapan hari ni sambil membaca akhbar. Selesai sarapan saya terus ke sekolah kebangsaan berhampiran rumah saya untuk mendaftar anak kedua saya bagi memasuki alam persekolah [...]

Panduan Tulis Blog: 100 Idea Untuk Blog Part 3

Artikel ini merupakan sambungan daripada 2 artikel sebelum ini, kalau ada yang terlepas boleh rujuk semula ke panduan tulis blog PART 1 dan PART 2. Artikel ini sebenarnya ulasan berdasarkan kefahaman sendiri mengenai ebook yang saya sedang baca iaitu ‘No One Cares What You Had for Lunch, …100 Ideas for Your Blog’ yang tulis oleh [...]

Basikal Budak Pun Kena Sapu

Baru perasan, selepas maghrib tadi sambil cuba menikmati angin malam di halaman rumah tiba-tiba saya terperasan yang salah satu dari basikal anak saya tiada di tempat yang dia selalu parking, hati mula rasa tak sedap dan saya terus panggil anak saya bertanyakan kemana basikal dia. Anak lelaki saya tu pun cakap tak tahu kemana, dia [...]

April’s Review: 10 Blogger Paling Steady

Salam 1 Mei, pastinya semua sedang menikmati cuti hujung minggu dan cuti hari pekerja dengan selesa sekali. Sambil dok bersempoi dan bermalasan di rumah saya  sudah selesai buat review secara ringkas mengenai prestasi blog myjazmanie.com ni bagi sepanjang bulan April. Bagi saya review secara bulanan ni penting untuk kita sebagai pemilik blog untuk buat ‘housekeeping’ [...]

Selamat Hari Guru…Siapa ‘Tuuut’ Dalam Kelas

Tarikh 16 Mei merupakan tarikh yang amat bermakna bagi kebanyakkan anggota masyarakat khususnya yang mempunyai kaitan sama ada secara lansung atau tidak lansung dengan bidang pendidikan. Tarikh tersebut merupakan tarikh untuk meraikan perayaan hari guru di seluruh negara dan bagi tahun ini tarikh berkenaan jatuh pada hari Ahad. bagi tahun 2010 ini, negeri Pahang telah [...]

Sekitar Majlis Makan Sempena Habis Exam

Hari rumah etomyam telah dimeriahkan dengan kedatangan kawan-kawan kuliah mrs. tomyam untuk majlis makan kecil-kecil sempena deme habis kuliah bagi semester ni. Hebat dan happening puak-puak deme ni, sambil gunakan peluang untuk rapatkan silaturahim bukan sahaja sekadar rakan sekuliah kalau boleh biarlah rakan sepanjang masa. Saya cuma numpang jer di majlis tu, meraikan tetamu dan [...]

Mind Your English: Gelak Sorang-Sorang

Pagi tadi saya dapat email dari rakan lama yang forward gambar-gambar yang buatkan saya gelak sorang-sorang depan PC. Gambar bermacam-macam signage, brosur dan lain-lain mengenai kesilapan ejaan perkataan Inggeris yang di petik dari laman web khas engrish.com. Kesilapan ejaan tu satu hal, lepas tu dengan selamba dan yakin sekali di tontonkan kepada orang ramai. Laman [...]

Catatan Ringkas Pagi Rabu

Salam pagi Rabu, pagi ni macam rutin kebiasaan, selepas menghantar anak-anak ke sekolah saya akan singgah dahulu sekejap di kedai mamak (ni kedai mamak lain, bukan yang buang anak patung badak anak saya tempoh hari, kat kawasan ni ada 5 kedai mamak semuanya huhuhu) untuk menikmati sarapan pagi sambil membaca akhbar untuk mengetahui perkembangan semasa [...]