Archive for the 'Melayu' Category

Doa Untuk Adik NurHannah Bte Mohamed Helmi

Salam pagi Isnin kepada semua, pagi tadi semasa menyemak email saya mendapati ada satu email yang menarik perhatian yang dipanjangkan oleh pelbagai pihak hinggalah sampai ke inbox email group saya. Kisahnya mengenai penderitaan adik NurHannah Bte Mohamed Helmi yang baru berusia 3 bulan dan berada dalam keadaan tidak sihat serta memerlukan belas ihsan dan bantuan [...]

Lima Cara Mudah Untuk Hidup Lebih Lama

Kebanyakan manusia normal berharap supaya dapat hidup untuk tempoh yang lebih lama walaupun bukan sampai ketahap umur beratus tahun. Dengan peningkatan kualiti hidup pada masa ini kadar tempoh jangka hayat rakyat malaysia juga sudah bertambah iaitu 76 tahun untuk wanita dan 71 tahun untuk lelaki. Selain daripada peningkatan kualiti dan penemuan-penemuan dalam bidang perubatan, kesedaran [...]

Catatan Ringkas Pagi Rabu

Salam pagi Rabu, pagi ni macam rutin kebiasaan, selepas menghantar anak-anak ke sekolah saya akan singgah dahulu sekejap di kedai mamak (ni kedai mamak lain, bukan yang buang anak patung badak anak saya tempoh hari, kat kawasan ni ada 5 kedai mamak semuanya huhuhu) untuk menikmati sarapan pagi sambil membaca akhbar untuk mengetahui perkembangan semasa [...]

Sambutan Hari Belia Negara 2010 Di Putrajaya

Lagi aktiviti dan acara menarik sedang menanti dalam bulan Mei nanti, sambutan Hari Belia Negara 2010 yang bertemakan  ‘Belia Kreatif dan Inovatif Pemacu Ekonomi Negara, akan bermula pada 14 hingga 16 Mei 2010 di Putrajaya dan acara kemuncak sambutan tersebut adalah pada 15 Mei di  Putrajaya International Convention Center (PICC) Putrajaya  dengan acara perhimpunan Hari [...]

10 Perkara Perosak Sperma Lelaki

Setiap pasangan yang berkahwin secara normalnya memerlukan kehadiran anak bukan sahaja sebagai penyeri rumahtangga malahan juga sebagai penyambung zuriat dan keturunan serta mengeratkan lagi kasih sayang suami isteri. Bagi setengah pasangan, baru sebulan kahwin dah terus mengandung, orang tua cakap kes bunting pelamin, “subur bebenor”, manakala sesetengah pasangan mengambil masa yang agak lama untuk mendapat [...]

Hukum Meraikan Sambutan Hari Ibu

Sudah pasti semua orang sudah biasa dengan ucapan “Happy mother’s day ” sempena menyambut Hari Ibu. Secara ringkasnya Hari Ibu ialah hari pengiktirafan kaum ibu, yang disambut pada hari-hari berbeza di kebanyakan tempat merata dunia. Ia juga disambut pada hari berbeza antara negara kerana berbagai-bagai asal-usulnya. Di negara Malaysia pulak, sebagaimana US, Jepun, Netherlands, Australia, [...]

Promosi EBook Murah Belajar Wire Jewelry

Berita baik kepada mereka yang berminat untuk menambahkan pengetahuan dan ilmu dalam Wire Jewelry. Salah sahabat lama saya dalam arena blogging sedang mengadakan promosi Ebook Wire Jewelry. Ebook tersebut dalam bahasa Melayu dan baik untuk dijadikan panduan asas kepada sesiapa yang minat dalam bidang ni. Rakan blogger saya ni Puan Fatiah Hashim mengajar tentang Wire [...]

Terima Kasih JomBuzz: Aku Menang Contest

Satu paper sudah habis, jawab tu jawablah, bagi aku dah betul tapi tak taulah bagi lecturer kot-kot dia rasa jawapan aku merapu dan lari topik.  Bila dah habis exam petang tadi sambil buat house keeping di desktop aku buka email dan terkejut pulak dapat email dari Jombuzz, sebuah lagi laman social bookmarking dan networking yang [...]

Seram: Rumah Aku Ada Hantu?

Petang esok aku ada final exam dan baru je plan nak baca nota sikit malam ni, satu apa pun aku tak prepare lagi. Tiba-tiba aku teringat pulak cerita isteri aku malam tadi, katanya jam 3.00 pagi semalam dia bangun untuk baca buku jugak pasal dia ada exam hari Isnin nanti. Masa tu aku dan anak-anak [...]

Search & Wings Konsert Double Trouble 2010

Selepas 17 tahun berlalu, para peminat otai rock Malaysia kini berpeluang mengimbau kembali zaman kegemilangan era Rock dulu-dulu. Ini kerana kumpulan dua nama besar dalam muzik rock tanah air Search dan Wings akan bergabung untuk menjayakan konsert Double Trouble 2010 buat kali kedua selepas konsert pertama mereka pada tahun 1993 yang lalu. Konsert Double Trouble [...]